| Original Message |
KASIH (no login) Posted Sep 20, 2008 2:33 PM
kalau kita mahu ke syurga, perlu ikut prosedur. Prosedur itu ialah KASIH. KASIH boleh dilihat melalui perbuatan. maka, tanpa KASIH iman kita sia-sia. Kalau kita tidak mengasihi sesama kita bagaimana kita hendak mengasihi Allah. Kerana Allah membenci orang yang membenci saudaranya. Tuhan tidak akan mengampuni dosa kita selagi kita tidak mengampuni sesama kita. Tidak kira kita Pendeta, Pastor, Penatua, Dekan, atau jemaat biasa, prosedurnya tetap sama. Firman Allah mengatakan "Kasihilah musuhmu". Inikan pula kita saudara seiman.
Alkitab juga menekankan perlunya mematuhi ketua dan pemerintah. Jadi, siapakah kita dihadapan Dia kalau perkara itu kita remehkan. Adakah Allah akan 'membenarkan' kita?
Selagi KASIH itu tidak ada dalam diri kita maka selagi itulah perpecahan, perselisihan dan pertentangan akan terus terjadi di dalam gereja kita. Mengapa gereja SIB di Labuan tiada kesatuan, tiada pembangunan, tiada kebangunan rohani. Kerana KASIH itulah. Apakah KASIH itu? 1 Korintus 13.1-13.
Marilah kita saling mengasihi supaya Tuhan akan mengasihi kita. Bila kasih itu ada diantara kita, Tuhan pasti akan nyatakan kemuliaanNya ke atas gereja kita. TIADA YANG MUSTAHIL BAGI DIA. |
|