Kasih Tuhan Nyata : Rev 22:21 Kasih karunia Tuhan Yesus menyertai kamu sekalian! Amin.
 


  Next Topic >>Index  

His Story - Mantan Ketua Sidang SIB Labuan !

August 27 2008 at 12:51 AM
  (no login)

Saya menyimpan data mengenai SIB di Pulau Labuan. Rekod nama beliau mimang ada pada saya, tetapi belum pernah bersemuka. Setelah berkenalan dengan beliau, saya terasa ada mesej yang beliau idamkan dalam fikirannya sebagai hamba Tuhan yang setia dalam pelayanan.

1. Sebagai pelopor SIB Labuan, beliau ingin semua jemaat bersatu?.
2. Beliau ingin bertemu teman seperjuangan,suatu hari nanti?.
3. Ingin membuat lawatan rombongan ke Labuan suatu hari nanti?.
4. Dalam kesempatan singkat, dia mengambil gambar untuk isterinya, ibu Helen - Inilah jemaat SIB Pohon Batu, (Pta) David Martin dan Isteri.

Beliau adalah :
Sdra Henry Simon Rapu, Miri Sarawak.
Mantan Ketua Sidang SIB Labuan yang pertama.

Beliau menceritakan bagaimana beliau memulakan kelompok pertama di Labuan. Oleh kerana tugas dan harus pindah, maka beliau menyerahkan kelompok itu kepada Gembala Arun Selutan (SIB Sabah) dan Rev. Jok (mewakili SIB Sarawak). Perasmian penyerahan dihadiri juga oleh Rev Willam (Gereja Anglican Labuan). Suasana sangat diberkati apabila semua mengetahui kehadiran kelompok SIB di Labuan. Lawatan dari kawasan Sipitang, Lawas berterusan sehingga seorang Gembala bujang ditugaskan ke Labuan. Gembala itu ialah Pst. Saniel yang sekarang melayani SIB Bandar Labuan.

Lintasan sejarah SIB Labuan 30 tahun yang lalu. Salt@Pohon Batu.


 

 Respond to this message   
Current Topic - His Story - Mantan Ketua Sidang SIB Labuan !
  Next Topic >>Index  
Create your own forum at Network54
 Copyright © 1999-2009 Network54. All rights reserved.   Terms of Use   Privacy Statement  
Mata Tuhan Menyertai Anda : Pro 15:3 Mata TUHAN ada di segala tempat, mengawasi orang jahat dan orang baik.