--


BURMAA OYUNCHIMEG : ADA GAMBAR ALTANTUYA MAKAN BERSAMA NAJIB & RAZAK BAGINDA

by Anonymous

 
SIAPA DIA BURMAA OYUNCHIMEG..DIA ADALAH SEORANG SAKSI YG MENGENALI ALTANTUYA SHAARIIBUU

Seorang saksi mengejutkan mahkamah apabila beliau mendedahkan bahawa Altantuya pernah dilihat makan bersama dengan seorang pegawai tertinggi kerajaan Malaysia bernama Najib Razak.

Burmaa Oyunchimeg yang jua dikenali sebagai Amy, memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam yang Altantuya telah menunjukkan foto berkenaan kepadanya sewaktu Altantuya pulang dari Paris.

Dipercayai pegawai kerajaan yang ada di dalam gambar foto itu adalah Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang mempunyai hubungan akrab dengan pernganalisa politik Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak kini menghadapi tuduhan bersubahat didakwa membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja di sini antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt tahun lepas.
Pagi ini, Burmaa, 26, telah mendedahkan perihal wujudnya foto berkenaan apabila di soalbalas oleh Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup.

Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menjelaskan lebih lanjut apabila pihak pendakwa cuba "meringkaskan" soalan tatkala Amy menyatakan tentang gambar yang menunjukkan Altantuya pernah makan bersama dengan Razak dan seorang pegawai tinggi kerajaan.

Selepas 20 minit kemudian, Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa, meminta kebenaran dari mahkamah untuk mengutarakan soalan mengenai foto berkenaan.

‘Mereka mempunyai nama yang sama’

Hal tersebut menimbulkan bantahan dari pihak pendakwa dan ketegangan kedua pihak berlaku mengenai relevannya soalan tersebut. Hakikatnya Mohd Zaki Mohd Yusni akhirnya bersetuju membenarkan Karpal berbuat demikian..

Karpal Singh kemudian menyoal Burmaa apa yang beliau lihat di foto itu..

"Beliau (Altantuya) sedang makan bersama dengan Razak (Baginda), a seorang pegawai tinggi Kerajaan Malaysia dan orang lain," jawabnya.

Karpal kemudian menyoal identiti pegawai kerajaan tersebut, dan menjawab: "Saya masih ingat namanya Najib Razak, mereka mempunyai nama yang serupa (dengan Razak Baginda). dan saya menyakakan mereka adik beradik. Saya menanya (Altantuya) apakah benar mereka itu adik beradik."

Di waktu pendakwa terus bangun dan untuk menghalang saksi memberikan keterangan yang lebih lanjut dan berlaku pertikaman lidah diantara pihak pendakwa dengan Karpal.

.. bersambung


Hal ini pernah didedahkan oleh klpos yang menyatakan "Cuma yang tak syoknya sebab ada gambar, katanya ada dalam simpanan keluarga Altantuya, dan katanya lagi, gambar itu hendak ditunjukkan kepada mahkamah bagi membuktikan Datuk Seri Najib dan isteri memang kenal rapat dengan Altantuya ini," kata kawan tadi.

Si pembawa cerita itu memberitahu, Datin Seri Rosmah pernah shopping sakan dengan Altantuya di Paris dan beberapa negara Eropah. Gambar kenang-kenangan pun ada.



Posted on Sep 24, 2008, 11:59 PM

Respond to this message

Return to Index
Responses

Create your own forum at Network54
 Copyright © 1999-2009 Network54. All rights reserved.   Terms of Use   Privacy Statement