Selamat Datang ke Forum Umno-Reform.Com. Forum ini sahaja mendapat hampir 12,000 pelawat sehari
NAJIB TERBABIT DLM KES RASUAH PESAWAT SUKHOI RM3.2 BILION
by Anonymous
Pembelian 18 pesawat Sukhoi Su-30MK oleh Menteri Pertahanan bernilai US$900 juta (RM3.2 bilion) menimbulkan persoalan serius mengenai integriti dan ketelusan urusniaga tersebut.
Kementerian Pertahanan telah membeli pesawat tersebut daripada sebuah syarikat kerajaan Rusia, Federal State Unitary Enterprise 'Rosobornexport'. Sebahagian daripada perjanjian pembelian ini termasuk program angkasa Malaysia bernilai RM90 juta.
Di bawah perjanjian tersebut, IMT Defence Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai ejen tempatan untuk syarikat kerajaan Rusia tersebut dan akan menerima 12 peratus daripada jumlah harga pembelian, bernilai US$108 juta (RM380 juta).
Di dalam surat bertarikh 18 Februari daripada S.V. Chemezov, Timbalan Ketua Pengarah Pertama syarikat kerajaan Rusia tersebut kepada Menteri Pertahanan, syarikat Rusia tersebut telah memberi kebenaran kepada bekas menteri Datuk Seri Mohd Adib Adam sebagai Pengerusi IMT Defence Sdn. Bhd. untuk berurusan dengan Menteri Pertahanan untuk mempercepatkan proses tersebut.
Pada 29 Mac 2005, Mohd Zainuri Mohd Idrus, seorang pengarah untuk IMT Defence Sdn. Bhd. telah memfailkan saman dan petisyen terhadap Mega Heights Sdn. Bhd.; Integrated Manufacturing Technologies Sdn. Bhd.; Datuk Seri Mohd Adib; anaknya Ahmad Azam; kakaKnya Askiah Adam (semua pengarah IMT Defence Sdn. Bhd.); setiausaha syarikat IMT Defence, Loke Foon Keng; dan IMT Defence Sdn. Bhd. untuk menghalang syarikat tersebut memecatnya dari jawatannya.
Di dalam pendengaran kes tersebut, Mohd Zainuri mendakwa bahawa Datuk Seri Mohd Adib Adam dan Askiah Adam mahu menghalangnya dari mendedahkan realiti perjanjian Sukhoi tersebut. Beliau juga mendakwa bahawa beliau sudah hilang keyakinan terhadap mereka bagi mempertahankan kepentingan IMT Defence Sdn. Bhd.
Hakim Mahkamah Tinggi Siti Mariah Ahmad menolak permohonan berasingan daripada Datuk Seri Mohd Adib dan Loke Foon Keng untuk menolak petisyen Mohd Zainuri.
Walaubagaimanapun, pada 2006, Hakim Siti Mariah Ahmad membenarkan Datuk Seri Mohd Adib dan Mega Heights Sdn. Bhd. untuk memulakan prosiding terhadap Mohd Zainuri dan dua peguamnya kerana membocorkan butir-butir pembelian Sukhoi tersebut. Pada Disember 2006, Mahkamah membenarkan permohonan dari Mohd Zainuri untuk membuang Askiah Adam sebagai defendan saman tersebut.
Pada 30 September 2006, Mohd Zainuri membuat laporan polis (AMPANG/017696/06) di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang mendakwa Datuk Seri Mohd Adib telah mencuri komisyen bernilai US$108 juta (RM380 juta) yang sepatutnya disalurkan kepada IMT Defence Sdn. Bhd.
Menurut laporan tersebut, Datuk Seri Mohd Adib telah mendaftarkan sebuah syarikat di Labuan yang mempunyai nama yang hampir dengan IMT Defence Sdn. Bhd., dan ini didakwa oleh Mohd Zainuri untuk menyalurkan komisyen tersebut secara haram kepada syarikat baru tersebut. Laporan polis itu kemudiannya dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.
Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk tahu: Apakah yang sebenarnya berlaku di dalam pertikaian Mohd Zainuri dan IMT Defence Sdn. Bhd.? Mengapakah pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah tidak memulakan siasatan terhadap dakwaan yang dibuat di dalam laporan polis tersebut? Mengapakah kita melihat satu tren di mana ejen-ejen tertentu dilantik di dalam perjanjian pembelian senjata bernilai berbilion-bilion ringgit oleh Kementerian Pertahanan?
Yang pentingnya, kami ingin tahu: Siapakah sebenarnya yang mendapat faedah daripada perjanjian-perjanjian ini? Adakah ia termasuk, sebagaimana didakwa, ahli keluarga Menteri Pertahanan sendiri?
Persoalan juga timbul berkenaan peranan Altantuya dalam pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta dari Perancis oleh kerajaan Malaysia dalam perjanjian bernilai hampir 1 billion euro (RM4.6 billion)
TIMBALAN Perdana Menteri, Najib Razak kini bagai cacing kepanasan. Tidak mustahil Najib mengulangi nasib malang bekas TPM terdahulu, yang tidak sempat menikmati kerusi empuk orang nombor dua negara. Musa Hitam, Almarhum Ghafar Baba, Anwar Ibrahim terpaksa berputih mata dan perkembangan baru mengheret Najib ke jurang kelam penuh berhantu. Altantuya’s murder.
Kes pembunuhan Altantuya memasuki babak baru, yakni melibatkan konspirasi politik pihak tertinggi. Kenyataan dan dakwaan Anwar baru-baru ini meletakkan Najib dalam keadaan serba salah. Apa pun Najib tidak boleh berdiam diri. Membisu bermakna Najib mengiakan semua dakwaan Anwar itu.
Walaupun Anwar tidak menuduh Najib terbabit dalam pakatan membunuh Altantuya tetapi bacaan orang ramai dan persepsi mereka terhadap keperibadian Najib kini berada pada tahap terendah. Malah ramai aktivis Umno yang "berani kerat tangan" kalau Najib berjaya menjadi pengganti Pak Lah nanti. Perlahan-lahan orang yang rapat dengan Najib mula membuatkan congakan lain. Kalau tidak kerana kes bunuh Altantuya, dakwaan Najib dengan rasuah komisyen kapal selam sudah pasti lebih daripada cukup untuk meresahkannya.
Berikut adalah kenyataan penuh Anwar Ibrahim mengenai kes pembunuhan Altantuya itu:
"Selain daripada isu-isu perundangan dan jenayah, kes ini telah menimbulkan persoalan penting mengenai ketelusan dan akauntabiliti.
"Orang ramai berhak mengetahui bahawa siasatan telah dijalankan tanpa kecuali terutamanya terhadap penggunaan bahan letupan C4 di samping dua daripada mereka yang tertuduh ialah anggota Unit Tindakan Khas yang ditugaskan di pejabat Timbalan Perdana Menteri.
"Dalam perkara ini, kepentingan awam menuntut agar kenyataan polis diambil daripada semua yang didapati mempunyai apa-apa hubungan dengan Altantuya Sharibu atau apa-apa kaitan dengan para pembunuh. Sebagai contohnya, ada persoalan yang masih belum dijawab berkenaan mengapa anggota UTK yang sedang dituduh mahu membunuh mangsa dan kemudian mengambil tindakan yang begitu drastik untuk memusnahkan bahan bukti?
"Adakah mereka bertindak di atas keputusan mereka sendiri atau adakah mereka melaksanakan arahan? Siapa pula yang meluluskan penggunaan bahan letupan C4?
"Tambahan lagi, ada juga persoalan mencurigakan mengenai kehilangan dokumen perjalanan berkaitan pergerakan keluar masuk Altantuya secara tiba-tiba.
"Adakah pihak imigresen sedar tentang perkara ini? Atau ada arahan dari pihak atasan untuk memadam rekod-rekod ini? Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Inilah persoalan yang mesti disiasat secara telus, dan mereka yang bertanggungjawab mesti didedahkan.
"Tidak kiralah apa yang akan terjadi di dalam perbicaraan yang hanya akan diadakan pada tahun hadapan, persoalan-persoalan asas ini mestilah dijawab sekarang. Persoalan-persoalan ini bukan hanya ditanya di negara kita, tetapi di seluruh dunia dan sistem kehakiman kita mendapat perhatian sekali lagi. Tanggapan umum kini ialah sebuah siasatan jenayah yang tidak lengkap yang menimbulkan lebih banyak
persoalan dari jawapan.
"Sudah semestinya mereka yang melakukan pembunuhan tersebut dibawa ke muka keadilan, tetapi semua yang
bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan tersebut juga mesti didedahkan. Malah, pihak tersebut memikul beban yang lebih besar untuk jenayah tersebut.
"Persoalan juga timbul berkenaan peranan Altantuya dalam pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta dari Perancis oleh kerajaan Malaysia dalam perjanjian bernilai hampir 1 billion euro (RM4.6 billion). Kami menganggap sebab-sebab yang diberi oleh kerajaan bahawa tiada isu rasuah atau akauntabiliti kerana komisyen ini dibayar oleh penjual kepada pihak ketiga, dan "tidak melibatkan wang kerajaan" langsung tidak munasabah.
"Ini penipuan yang nyata; tiada penjual yang akan memberi komisyen sebegitu lumayan melainkan ia telah diambilkira di dalam harga pembelian kapal selam tersebut.
"Pembayaran komisyen berjumlah 114 juta euro (RM530 juta) nyata sekali teramat mahal. Orang ramai berhak mengetahui siapakah sebenarnya yang mendapat durian runtuh ini?
"Sebagaimana didedahkan oleh Far Eastern Economic Review pada tahun 2002, Perimekar Sdn. Bhd. Akan menerima 8% dari jumlah kontrak dalam masa 6 tahun akan datang. Menurut penerbitan tersebut, Perimekar dimiliki 100% oleh Ombak Laut, syarikat milik Razak Baginda dan rakan-rakannya. Ombak Laut kemudian menjual 40% dari syarikat Perimekar kepada LTAT dan sebuah syarikat berkaitan.
"Bagaimana sebuah syarikat yang tidak dikenali mendapat urusan pembelian senjata yang begitu besar. Hakikat bahawa Razak Baginda mengetuai sebuah 'think-tank' politik yang begitu rapat dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dengan sendirinya menimbulkan persoalan yang besar mengenai ketelusan transaksi tersebut.
"Mengapa pihak-pihak berkuasa seperti Badan Pencegah Rasuah dan Bahagian Jenayah Komersial tidak memulakan siasatan terhadap perkara ini?