Alhamdullillah Malaysia Yang Makmur

by Anonymous (no login)

 

Berkata dengan kata-kata kesat, mencaci, memburukkan orang bukanlah sifat orang yang mengaku Allah SWT tuhanku, dan Nabi Muhammad rasulku. Allah maha adil untuk setiap umatnya. Siapa pun akan diadili diakhirat bukan kerana partinya, tetapi amalannya. Tidak siapa yang berhak kata oleh kerana dia anggota parti "Islam" maka dia ahli syurga. Siapa yang berani kata Allahyarham Dato' Fadhil Noor akan masuk syurga dulu berbanding Dato' Seri Dr. Mahathir. Allah SWT akan kira kebajikan dan dosa yang kita buat atas dunia dan ditimbang. Saya kira dengan keamanan, rezeki yang melimpah ruah, keselesaan beribadah di Malaysia adalah atas kurniaan Allah SWT kerana kita pandai menguruskan negara ini sehingga ia makmur. Berusahalah manusia, tapi jika ia masih tidak mengizinkan, walau fitnah sebanyak 7 bumi dan ceramah setiap saat dibuat - tanpa izinNya - Kerajaan yang ada akan terus diberi mandat, InsyaAllah.



Posted on Aug 10, 2002, 2:52 PM
from IP address 203.106.3.24


Respond to this message

Return to Index
Responses

Create your own forum at Network54
 Copyright © 1999-2009 Network54. All rights reserved.   Terms of Use   Privacy Statement