Next Topic >>Return to Index  

Pendapat Tentang Family Day TAS

August 25 2003 at 4:16 PM
Sukanya  (no login)
from IP address 210.19.96.3

 

saya dapati sambutan di janda baik 23hb ogos lps begitu hangat sekali..Best lah...boleh buat lagi majlis bersama keluarga ni tahun hadapan...tahniah kepada ajk yg bertungkus lumus dan terima kasih kehadiran hampir 90% staff dari central region.Puas hati sangat....


apa pendapat korang pulak....

 
 Respond to this message   
AuthorReply

(no login)
210.19.96.3

Karnival TAS

August 26 2003, 10:31 AM 

Mmm...saya pun bersependapat juga tentang kemeriahan Family Day TAS tempohari.

Kalau panjang umur dan murah rezeki, elok juga di adakan lagi tahun depan. Untuk mempelbagaikan acara; elok rasanya setiap department dalam TAS Group memperkenalkan/mengadakan 2 - 3 acara untuk di pertandingkan.

Jadi kuranglah sikit peluang nak datang lambat atau balik awal sangat....hehehehee.


xnazrix




 
 Respond to this message   
PAKCIK KAYO
(no login)
210.19.96.3

family day

August 27 2003, 1:07 PM 

den pun raso suko gak pasal den nampak kemeriahan yang kau orang cito tu. tapi den terkilan gak pasai den tgk ado yang datang tu tapi copat nar balik,paling ketara bila maso nak lawan tarik tali maso tu,sekor pun wakil bahagian dari dept tu tak nampak lubang telingo ( dah cabut dah. lopas dapat lapik porut apo lagi!!)tang tu den tak berapo gomar,
ado lagi yang den tak gomar...!!den raso kalau kita dah janji pukul 9 tu datang lah pukul sembilan jangan lah nak buat alasan tak tahu jalanlah, sosat lah, aku boss lah, kalau ekau nak tau boss pun dtg awal baru lah kono caro.ini idak dah lah datang lambat balik copat lah pulak.(lagipun time tu kan waktu kojo datang macam biasolah)
ado lagi den tak gomar....
pasal penyertaan peserta, macam yang dah disobut sobut oleh emcee kito miss rani mukrejothi tu, setiap peserta hanya dibonarkan mengambil bahagian hanya sekali saje,, sampai dah berbueh pakcik tengok si jothi tu remind,pun buek pokak yo!!!
bagi lah peluang kat urang lain, den bukan apo bilo masa penyampaian hadiah tu den tgk yang ambik hadiah lopas ekau, ekau. lopas ekau,ekau kosian lah ket org lain bkn org tu tak nak campur tapi bilo nak campur dah ponuh lah,dah cukup org lah,takan nak suruh sport club ajk susun untuk korang, diorang dah ponat dah , korang sendiri ingat lah,lagi pun inikan family day semua macam family lah...
apa apahal jadi kan ini sebagai pengajaran,moga moga dapet menyempurnakan majlis yang akan datang.

terlebih dulu pakcik ingin mengucapkan tahniah kepado ajk sport club kerana telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini ,tidak kiro potang siang malom dia orang totap nak buek kojo syabas all of you chee wah!!!lagi satu kepada warga tas yang best pasal turut serta dalam majlis ini (biaso lah kalau takado kritik tarak syok!)

untuk boss kita Encik Sabri dan Puan Norwati sekalung terima kasih kerana sudi bersama-sama warga tas walaupun didalam kesibukan harian tapi masih lagi dapat bersama dari pagi hingga kepetang.dan terima kasih juga untuk En Sabri dan Puan Norwati kerana menbenarkan kami bersama di tempat tuan dan puan yang kami rasa mungkin kami tidak akan kesana jika tiada aktiviti seperti ini. akhir kata saya ingin menghentikan taipan ini dan disudah dengan wasalam

HIDUP TAS DAN HIDUP STAFF

 
 Respond to this message   
Anonymous
(no login)
203.121.0.13

Re: family day

August 27 2003, 4:14 PM 

terlebih dahulu saya nak ucapkan bebanyak tima kasih la pada bosss,ajk dan yg sewaktu dengannya yg telah menjayakan hari yg begitu meriah sekali tuuu.. ape ape pun rase tak sedap mater la bila membaca komen dari pakcik tu berkenaan games tu,,,, bukan nyer ape pakcik tapi kalu dah tak ader yg sporting nak masuk bertanding nak buat cam maner ???? ye tak ? tak kan nak pakse baru nak masuk.Dah tak ade yg berbesar hati nak tunjukkan kebolehan jadi kami yg sporting ni ajelah yg masuk.Kami tak nak nampak parti tu macam parti paksaan lak pulak...
Tapi pasal datang lambat balik awal tu nak buat cam maner . korang semuer dah besar panjang pikir sendiri lah tanggungjawab masing masing ,tak kan boss, ajk nak ingatkan kan selalu.Saya tengok yg ader anak kecik pun pukul lapan dah sampai ini kan pulak yg..........
pikir sendiri lah kan pokcik.

Akhir sekali saya ucap kan bebebebebanyak lah tima kasih dan harap maap lah kalu ader yg tersinggung ye !(SEBENARNYER SAYA LANGSUNG TAK NAMPAK KECACATAN PADA ARI TU YG TERASA KESERONAKKAN SHJ TAPI BILA PAKCIK TULIS CAM TU TAK SEDAP LA PULOK)



CHOWWW



 
 Respond to this message   

(no login)
219.95.174.20

Terima kasih pada semua

September 10 2003, 11:38 PM 

Pada semua warga TAS,

Hari keluarga yang di adakan di tempat yang tak seberapa pada 23 ogos lalu sememangnya penuh erti bagi saya, Kak Wati dan keluarga.
Sebagaimana lazimnya,kalau para jemputan ke majlis seperti itu datang dengan semangat yang tinggi, kami sebagai 'host'nya terasa amat besar hati.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang dapat hadhir. Pada mereka yang tak sempat bersama atau 'terpaksa' balik awal, tak apa lah.. Kot lain kali lah kot.

Pada semua warga TAS, Tanah kecil diJanda Baik tu memang boleh di kunjungi bila masa saja, kalau anda ada peluang dan ingin kesana, sila maklumkan pada saya atau Puan Intan supaya kami dapat membantu menyediakan kemudahan seperti kemah dan sebagainya.

Salam Mesra.

SAR,NAR dan keluarga

 
 Respond to this message   
Anonymous
(no login)
202.71.100.76

Re: Terima kasih pada semua

September 10 2005, 4:11 AM 

murahan

 
 Respond to this message   
Current Topic - Pendapat Tentang Family Day TAS
  Next Topic >>Return to Index  
Create your own forum at Network54
 Copyright © 1999-2009 Network54. All rights reserved.   Terms of Use   Privacy Statement