http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com
 


  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  

Asal- Usul Kg.Merampong

October 29 2006 at 3:11 PM
Score 5.0 (1 person)
Keningau  (no login)

 
Penemuan Penempatan Baru
Pada pertengahan tahun 1954, serombongan lapan orang pemimpin masyarakat dari daerah Tambunan telah datang ke daerah Keningau untuk meninjau kawasan tanah baru yang lebih baik. Rombongan itu telah diketuai oleh Orang Tua (OT) Girong bin Yalantau sebagai orang tua atau ketua kampung bagi Kampung Kumawanan, dan OT Umporo bin Kaibai selaku ketua kampung Kampung Tohan. Turut bersama-sama mereka ialah En. Bokondo bin Utau sebagai wakil Orang tua (WOT) Kampung Kumawanan, Intang bin Bandial, Eting bin Andarau, dan Yadiloh bin Andiau. Sebelum datang datang ke kawasan tanah baru itu, mereka menumpang di rumah kenalan di Apin-Apin. Ada antara mereka yang menumpang di rumah kaluarga En. Kontogou dan ada juga yang menumpang di rumah En. Dimal. Sebelum pergi meninjau keadaan tanah di kawasan baru itu, OT Girong bin Yalantau dan OT Umporobin Kaibai telah berjumpa orang kaya-kaya (OKK) anthony @ Undan bin Andulag untuk mendapatkan kebenaran meneroka tanah dimana-mana yang difikirkan sesuai. Okk Anthony Undan telah menyuruh mereka meneroka tanah yang terletak di antara Kg.Sungoi dengan Kg.Liau Laut. Kebetulan pada masa itu, kawasan tersebut belum diduduki orang. Selepas itu, OT Girong dan OT Umporo serta anak-anak buahnya pergi membuat tinjaun bagi mengenal pasti kawasan baru yang sesuai untuk diusahakan sebagai sumber rezeki. Sebaik sahaja memastikan kawasan yang agak baik, mereka pun memohon tanah itu dengan mengisi borang permohonan melalui Jabatan Tanah dan Ukur, Keningau. Tidak lama kemudian mereka pun balik ke Tambunan.

Asal-usul Nama Kampung Merampong

Setengah tahun kemudian pada bulan mei 1955, sebaik sahaja selesai menuai padi, OT Girong bin Yalantau dan OT Umporo bin Kaibai sekali lagi pergi ke daerah Keningau dengan tujuan mahu memulakan kerja-kerja meneroka tanah tanah baru tersebut. Antara yang turut serta dengan mereka ini, termasuklah Yadiloh bin Andiau, Intang bin Bandial, Eting bin Andaron, Ansamal bin Yati, Adungkir bin Batilan dan Durian bin Guruk. OT Girong telah pergi ke kampung baru itu dengan meninggalkan Kg. Kumuwanan bersama isterinya, Leniwi dan anak tunggal mereka, En Yassin. WOT Bokondo bin Utou pula datang bersama anaknya (anak tiri) Yusup bin Lansuk. Sementara itu, yang lain-lainnya pula hanya datang berseorangan.

Semasa mula-mula sampai, mereka tinggal dalam sebuah pondok sementara atau dalam bahasa tempatan (dusun) dipanggil “sulap”. Mereka bergotong-royong membina sebuah sulap dibawah sepohon pokok besar yang dipanggil pokok ‘patau’(pokok itu terletak di atas tapak tanah milik En.Yadiloh bin Andiau pada hari ini). Meraka memilih tempat itu kerana terdapat serumpun buluh berdekatan yang merupakan sumber untuk membina atap dan lantai sulap. Di sulap itulah mereka tinggal sementara membersihkan kawasan tanah masing-masing.

Semua peneroka berkenaan telah membersihkan hutan belantara di kawasan tanah pilihan masing-masing. Setelah siap membersihkannya, mereka menanam tanam-tanaman jenis ubi seperti ubi kayu, ubi manis, ubi keledek selain menanam padi huma. Beberapa bulan kemudian, OT Girong dan OT Umporo telah berjalan mencari sayur berhampiran dengan tanah mereka. Apabila tiba di satu kawasan yang berpayan, mereka mendapati sebatang sungai kecil yang mempunyai banyak mata air. Mata air yang banyak itu menyebabkan tumbuh-tumbuhan jenis pokok paku-pakis di sepanjang anak sungai itu kelihatan seolah sentiasa terapung-apung. Kedua pemimpin itu merasa hairan dengan apa yang telah mereka lihat. Setelah kembali ke sulap, mereka menceritakan kepada rakan-rakan peneroka yang lain mengenai apa yang telah mereka lihat. Apabila mendengar cerita yang agak pelik itu, WOT Bokondo Utou mencadangkan supaya tempat baru yang mereka tinggal itu dinamakan ‘Mampung-ampung” (bahasa tempatan/dusun) yang membawa maksud terapung-apung. Beberapa hari kemudian, semasa OT Girong dan OT Umporo berpeluang bertemu dengan OKK Anthony@Undan bin Andulag di Apin-Apin, mereka menceritakan hal berkaitan nama kampung bagi kawasan penempatan baru tersebut. OKK Anthony Undan yang berperanan sebagai ketua masyarakat di Apin-Apin ketika itu menyatakan bahawa kawasan penempatan baru itu sesuai sekali diberi nama Merampong. Semenjak dari itu, mereka pun menamakan kawasan penempatan baru mereka itu sebagai Kampung Merampong.

Sumber:
http://www.geocities.com/k3pkgmerampong/pengenalan.html

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.Respond to this message   
AuthorReply
Chin
(no login)

Re: Asal- Usul Kg.Merampong

Score 1.0 (1 person)
November 1 2006, 3:47 PM 

Bermanafaat juga forum ini.Banyak yang kita dapat contohnya sejarah marampong ini.Terima kasih.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Relia
(no login)

Re: Asal- Usul Kg.Merampong

Score 2.0 (1 person)
December 21 2006, 11:27 PM 

Sa pun suka baca2 forum begini untuk tambah pengetahuan kita.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
julai
(no login)

Amat bersetuju....

No score for this post
August 23 2007, 12:58 PM 


Terima kasih kerana dengan adanya forum ini dapat juga saya mengetahui sejarah kampung saya sendiri.

Syabas kepada editor...

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Jan
(no login)

Re: Amat bersetuju....

Score 1.0 (1 person)
August 26 2007, 12:04 AM 

Ya syabas kepada editor atau webmaster.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.

pina
(Login pinapinz)
Ahli Forum Keningau

Re: Asal- Usul Kg.Merampong

No score for this post
October 24 2007, 2:57 PM 

macam cerita c parameswara pi melaka dulu lepas tu dia nampak anjing dia kejar sang kancil masa dia bersandar di pokok melaka...hehe semuanya bermula dari alam juga. by the way..i really know dis village.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
NARUTO
(no login)

KEPADA JULAI.

No score for this post
November 2 2007, 9:36 PM 

MULI KG KADA OLINGAN OT PAMALANJA ,TUMPUNG-TUMPUNG PUN JADI LA

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Patau Sumubali
(no login)

Syabas org2 merampung

No score for this post
November 11 2007, 11:26 AM 

Betul itu sajarah marampong. Orang Kumuwanan yang berhijrah ke marampung telah meredah hutan dan jalanan kecil dari kampung asal mereka menuju ke Patau dan tidur di rumah C 'A.Dihol' di Kg Patau beberapa hari untuk berehat dan makan di sana. Lepas itu mereka berjalan kaki dari Patau ke Tambunan melalui Jalan Patau Tambunan yang di ketuai pembenaannya oleh A.Dihol dan dibantu oleh org2 Patau dan Pegalan tunggaring. Jalan bukit meredah hutan melebihi 10 km tu dibena dengan cangkul sekadar boleh dilalui dgn sebuah jeep secara sehala. Kalau bertembung kereta maka antara satu kena undur untuk memberi laluan kepada yang satu. Si A.Dihol tiada masalah kerana beliau boleh bergerak 'pantas' menggunakan kudanya bernama 'bintang tunggaring' dan kadang2 guna tenaga 'lain'.

Di fahamkan si A.Dihol pernah di tumbuk oleh orang putih penjajah kerana berselisih faham dgn orang putih yang memberi kontrak membena jalanraya. Berlakulah pergaduhan dan Si Dihol mengajak org putih itu datang ke Patau untuk berlawan. Pendek cerita, org putih pergi ke Patau menyahut cabaran. Org putih hampir mati disengat 'biji jagung' yang bertukar jadi penyengat (ini cerita Hj Majin, penduduk kg paling veteran dri Kg Babagon Tambunan). Org putih itu minta ubat dgn si A.Dihol dan minta maaf.

Kebanyakkan org Marampung pernah transit di rumah A.Dihol dalam perjalanan ke Merampung, Apin2 dan seterusnya ke Keningau,Sook dan Tenom. Murid utama A.Dihol di marampong ialah mandiang Mansari yang meninggal dunia akibat termakan haiwan beracun.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Sukod Wagu
(no login)

SEJARAH HEBAT.......!!!!!!!!!!!!

No score for this post
December 9 2007, 1:44 AM 

Hebat....!!!!Sejerah tentang penubuhan Kg.Merampong yg hebat.....!!!!!
terimah kasih tentang forum itu.saya jiran kg mermpong & tohan baru..Org2 dulu2 memang terer..best o baca sejarh kg merampong.....TQ maklumat sejarah tu....kotoluadan....

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
ADELIZA JR
(no login)

MERAMPONG BULIH BA.,..

No score for this post
January 24 2008, 3:34 PM 

WAHAI ORG2 MERAMPONG SEKALIAN,,,,,,

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
chill
(Login honey_chill)

lets check it out...

No score for this post
January 28 2008, 4:19 PM 

huhu!!!!
kg.merampong tmpt ku m'besar......
aku asal merampong jua...
huhu!!!!
mmg best la org2 sn....
tapi e2la...nasihat sy ntk rakan2 seperjuangan n teenagers d sn tu.. supaya
maju ke hadapan la org bilang....welll....phm2 sndr la....


 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.

tabasan
(Login tabasan)
Ahli Forum Keningau

mesti kg merampong...

No score for this post
March 29 2008, 3:37 PM 

alalala...kamu kanal ka c sharul bin idris....
tu sya puya biras....
klu yg terkenal d merampung mesti c kilut..kan...

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.

mr toba
(Login pinapinz)
Ahli Forum Keningau

sk merampong keningau..

No score for this post
April 2 2008, 3:06 PM 

saya masih teringat tu lagu skula.. sk merampong keningau..skolah harapan kami..dot2..aiya betul kai tu..lupa suda 12 tahun yg lepas bah nda nyanyi.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
sukod wagu@gawir
(no login)

Re: Asal- Usul Kg.Merampong

No score for this post
April 10 2008, 8:26 PM 

ai..si Chill pun ada sini??sy ba ni chill,si are dee..grunge dulu2..

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bie
(no login)

terima kasih

No score for this post
May 5 2008, 5:50 PM 

terima kasih untuk forum ni..
sya generasi muda dari kg tohan baru tapi tak tahu banyak pasal kampung saya.
forum ni sedikit sebanyak buka mata saya untuk tahu soal kampung saya.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
lapuk
(Login lapuk)

merampon...g

No score for this post
May 13 2008, 5:41 PM 

ada tu sumandak saya sana dulu...

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
lopung
(no login)

meramponggggg

No score for this post
May 13 2008, 8:23 PM 

tohan baru tiada ka yang tau sejarah dia? kalau yang sebenar2nya merampong dulu bukan termasuk tohan baru ka juga tu?

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
lapuk
(Login lapuk)

bah lopung

No score for this post
May 13 2008, 9:43 PM 

nda buli tu nanti erm......

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Gundorok
(no login)

Asal Usul Kg. Merampong

No score for this post
May 16 2008, 4:30 PM 

Awal 70 an Kg. Merampong teruk sekali; tapi sekarang wow....semakin ceria. Dulu sia slalu juga pegi Kg. Merampong; lawat2 saja bah maklumlah masih muda2 lagi naik basikal taruh belon di rim basikal apalagi masam motosikal dia punya bunyi ba.....

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
lapuk
(Login lapuk)

kunun..kununnn..

No score for this post
May 22 2008, 2:34 PM 

ya bah..ingat juga sy main kereta tayar pokok...(ntah lupa nama dia) kalah2 tu bunga tayar bigfoot..ahahha

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
 
< Previous Page 1 2 3 Next >
  Respond to this message   
  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  
Find more forums on EntertainmentCreate your own forum at Network54
 Copyright © 1999-2014 Network54. All rights reserved.   Terms of Use   Privacy Statement  
http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com