Saya nak tanya sikit pada yang tau la.Kalau kita guna racun nyamuk yang di bakar tu tak ada kemudaratan ka sama kesihatan kita.Sebab kan bila kita bakar tu racun dia mengeluarkan asap jadi adakah asap tu tidak membawa kesan pada kita apa bila kita sedut asap tu.Itu saja pertanyaan saya.Terima kasih.
Re: Racun Nyamuk - Adakah merhabaya pada kesihatan
December 11 2007, 3:02 PM
Sdra yang bertanya. Itu racun nyamuk memang bahaya terutama yang sembur. Kalau yang bakar, asap dia pun bahaya tapi kadar memudaratkan kesihatan amat rendah sekali. Sistem pernafasan anda yang mungkin terjejas, paru-paru kalau kau sedut direct macam isap gam. Lebih baik kau pakai ubat nyamuk yang berkualiti.
noi (no login)
Re: Racun Nyamuk - Adakah merhabaya pada kesihatan
December 12 2007, 9:42 AM
Apa racun yang dikatakan berkualiti.Adakah kah racun yang pakai karan atau camana.
(no login)
racun yg bekualiti ialah...
March 4 2008, 11:48 AM
racun yg berkualiti ialah racun yang dapat membunuh dlm sekelip mata....hehe..
kamurang bakar tu sabut kelapa atau tu tray telur ba... selamat punya... atau bayar rm10 suruh tu foging kasi sembur di kampung kamurang....
MUSLA (no login)
PAKAI IKUT SUKATAN...
May 12 2008, 11:51 PM
Berdasarkan kepada kajian sains, racun nyamuk atau ubat nyamuk sebenarnya tidak membawa kesan kepada pengguna andai ia digunakan dengan betul dan dengan kadar yang tepat.
Sebagai contohnya, satu lingkaran nyamuk itu hanya berfungsi selama lapan jam mengikut standard SIRIM. Jadi, kalau rumah kita tidak terlalu besar ataupun bilik kita kurang mempunyai udara mampan, maka sewajarnya kita memasang lingkaran nyamuk itu bermula dari senja (lewat petang). Cara ini perlu bagi mengelak kita daripada terhidu asap nyamuk dalam kelompok maksimum.
Tapi, seandainya rumah kita besar dan bilik kita pula mempunyai ruang-ruang udara yang berlebihan, maka bolehlah kita memasang lingkaran nyamuk itu bermula malam dan ia akan berakhir menjelang subuh.
Bagi pengguna kaya yang menggunakan semburan racun nyamuk (spray), maka tidak menjadi masalah. Cumanya, elak daripada sesiapa berada di tempat tertutup yang telah disemburkan dengan racun nyamuk.
Sebagai tips, setiap pagi, bangun sahaja daripada tidur, digalakkan mencuci muka, mulut dan hidung kerana dikuatiri kulit kita 'dihingapi' racun nyamuk...Dr. Musla
#Ingat masa kecil-kecil dulu, selalu pegi sekolah di SFX pakai baju sekolah yang berbau ubat nyamuk. Maklumlah, rumah kecil dan baju pula cuma satu..
manja (no login)
Re: Racun Nyamuk - Adakah merhabaya pada kesihatan
May 13 2008, 12:29 AM
sa pula dulu pi sekolah baju sa bau asap sebeb kain di jemur dekat tempat masak( dompuran ) yang pakai kayu api sebeb ndada matahari.Tau la dulu-dulu baju pun berapa pasang saja.Ini zaman masa sa sekolah rendah.
Current Topic - Racun Nyamuk - Adakah merhabaya pada kesihatan