http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com
 


  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  

SEJARAH : KENINGAU

January 21 2008 at 2:07 PM
Score 5.0 (1 person)
Patricia  (no login)

 
Secara Umum

Daerah Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah, ia adalah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman.

Lokasi Daerahnya adalah: Latitude 5°00' - 5°40'

Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan kenderaan dari Ibu Kota iaitu Kota Kinabalu melalui jalan darat dari Tambunan dan juga Kimanis di mana jarak jauh keduanya lebih kurang 128 kilometer. Anda boleh mendapatkan teksi dari Kota Kinabalu dengan harga biasa RM20 seorang atau dengan bas mini, RM10 seorang.

Asal-usul nama Keningau

Menurut cerita masa dahulu, ada sebuah kampung di mana terdapat banyak pokok kayu manis yang juga dikenali sebagai "kayu keningau" dalam bahasa tempatan. Orang-orang Inggeris menerimanya sebagai rempah dan seterusnya menjualnya sebagai pasaran antarabangsa. Setelah saudagar-saudagar asing mengenalinya, permintaannya semakin bertambah dan semakin lama "kayu keningau" semakin mashyur di pedalaman. Untuk mudah mengenali kampung yang banyak pokok keningau, maka kampung itu dipanggil Kampung Keningau. Untuk memudahkan lagi pengenalan KENINGAU, maka nama Daerah Keningau telapun dibubuh dalam peta. Demikian kisah asal-usul nama Keningau.


-----------------------------------------------------------------------------
Personaliti Keningau.

1. G.S. Sundang Gunsanad PDK., MBE

Pengenalan Dilahirkan pada 23hb Ogos 1909, anak bongsu kepada Isteri pertama OKK Gunsanad (Randus).

Ugama Society of the Preaching Gospel (SPG).

Pendidikan (berumur 14 tahun) – Roman Catholic Mission, Tambunan.
1922-1926 St. Thomas School Kuching, Sarawak.

Kelulusan Standard VI

Pengalaman (Selepas tamat sekolah)
1926-1930 kembali ke tanahair (Sabah) untuk membantu orang tuanya bercucuk tanam dan meneroka kebun g etah di Bandukan. Apabila ayah mereka (Gunsanad) meninggal dunia December 1930 lalu beliau memohon jawatan sebagai Dresser dalam Jabatan Perubatan hingga Jepun menakluki North Borneo pada awal tahun 1942.

Beliau pernah diambil oleh kerajaan Jepun dalam firmanya dan ditugaskan sebagai mandor.

Semasa peperangan Jepun dalam tahun 1945 beliau dan keluarganya bersembunyi di Kg. Bandukan selama lima bulan. Beliau berbuat demikian setelah mendengar berita tentang orang-orang Jepun menangkap dan membunuh orang-orang yang pandai berbahasa Inggeris. Oleh itu dalam menjalani hidup di masa darurat, beliau terpaksa berjalan di waktu malam dengan menggunakan kerbau untuk mengangkut beras dan lain-lain bahan makanan dari Keningau.

17hb Julai 1946 beliau dilantik sebagai "Native Officer" dalam daerah Keningau setelah angkatan tentera Jepun menyerah kepada pihak berikat oleh Kerajaan British Colony.

1949-1951 diberi biasiswa untuk mengikuti kursus ‘local Government’ di Exeter College, England.

1951 – beliau melawat di beberapa buah tempat di negeri Eropah.

Kenangan Pahit – Setelah tamat berkursu di England, beliau dengan seorang pelajar berbangsa Jerman menaiki keretapi menuju Vienna. Di Vienna beliau ditahan oleh pihak Russia kerana Russia mensifatkannya sebagai seorang pengintip tambahan pula beliau hanya memiliki ‘British Passport’. Beliau kemudiannya menerangkan tujuannya ke United Kingdom serta menyatakan ia datang dari North Borneo. Lantas itu tentera Russia mengambil peta dunia lalu menunjukkan letaknya Borneo. Beliau kemudiannya dibebaskan setelah 4 jam di dalam penyiasatan. Beliau bernasib baik kerana bukan dari bangsa berkulit putih, jika tidak sudah tentu dijadikan tawanan dan dibawa ke ‘Siberia Labour Camp’.

Perkhidmatan Sekembalinya ke tanahair, beliau dilantik sebagai Pegawai Daerah dan pernah berkhidmat di merata-rata tempat seperti daerah Jesselton, Papar, Tuaran, Penampang, Keningau dan Pensiangan.
Di Tulid dalam daerah Keningau, beliau memperkenalkan cara-cara menanam padi kepada orang-orang Murut. Sebagai Presiden Parti, beliau serta Encik Yusuf Gulim dan Ex. Sgt. Major Lakai Sundayak telah menubuhkan sebuah parti "Parti Pasok Momogun". Tujuan parti itu ialah untuk menentang kemasukan North Borneo ke Malaysia Raya. Walaubagaimanapun parti tersebut tidak mendapat sambutan baik oleh rakyat North Borneo. Oleh itu ianya digabungkan dengan parti U.N.K.O. menjadi U.P.K.O. dan beliau sebagai Joint President bersama dengan Donald Stephens.(Tun Haji Mohd Fuad Stephens)

16hb September 1963 – dilantik menjadi Menteri Kerajaan Tempatan.

1964 - ditukar jawatan kepada Menteri Kesihatan.

1965 - 1967 - dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Dalam tahun yang sama (1967) beliau mengalami Penyakit ‘Mentally Depressed’ (Tekanan Jiwa). Dengan nasihat doktor beliau kemudiannya meletakkan jawatan lalu pergi ke England untuk berubat sambil berehat.

Keanugerahan MBE – oleh Kerajaan British
1966 - PGDK Gelaran Datuk
Bintang "Long Service Medal" (berkhidmat dalam kerajaan selama 30 tahun)

Kegemaran Memelihara kuda
Joki kuda
Memburu binatang
Memancing

-----------------------------------------------------------------------------

2. O.K.K Sedomon Bin O.K.K. Gunsanad

Pengenalan Beliau dilahirkan dalam tahun 1894 anak ke-5 kepada Isteri pertama OKK Gunsanad (Randus).
Dari Bandukan, beliau beserta dengan keluarganya berpindah ke daerah Bingkor dalam tahun 1935 lalu mendirikan ‘Rumah Besar’. Beliau meninggal dunia pada 8hb. March, 1966.

Pengalaman Sebagai tokoh perintis terhadap pembentukan masyarakat serta cendrong dalam arena politik.
Dalam pemerintahan British Chartered Company pada tahun 1936 beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri. Kemudian pada 3hb Oktober, 1955 Beliau menyandang jawatan sebagai Ketua Daerah oleh Kerajaan British.

Dalam penjajahan tentera Jepun (1943-1945) ke North Borneo (Sabah), beliau telah mengikuti kursus ketenteraan di Kuching, Sarawak selama sebulan.

Semasa penyerahan pihak tentera bersekutu ke atas Tentera Jepun dalam tahun 1945 beliau serta keluarganya melarikan diri serta bersembunyi ke kawasan-kawasan seperti Bandukan, Kandang Besar, Lipasu dan Mailu.

Setelah angkatan tentera Jepun menyerah, North Borneo menjadi kemakhotaan British Crown Colony Beliau dan keluarganya kembali ke daerah Bingkor untuk meneruskan jawatannya semula.

Keanugerahan Beliau telah dikurniakan bintang-bintang kehormatan seperti:
Q.M.C. pada bulan Januari 1953.
M.B.E. (member of the British Empire) pada bulan Oktober 1961 oleh Kerajaan British Chartered Company.

SURAT-SURAT/KEHORMATAN/KEANUGERAHAN OLEH TOKOH-TOKOH BRITISH:

Jun 1953 - Mr Malcolm MacDonald, Commissioner General of the United Kingdom in South East Asia.

April 1959 - The Rt. Hon Duncan Sandys, P.C.,M.P. British Minister for Commonwealth Relations.

11 Sept 1962 - Lord Lansdowne.

Kegiatan-kegiatan Sosial 18hb Ogos 1960 beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Daerah, Kerajaan telah melantiknya semula sebagai ‘Re-engage Pensioner’.
8hb September 1961 dan 25hb September 1961 mempengerusi mesyuarat tentang penubuhan Malaysia. Atas dorongan rakyat, beliau membentuk parti "Tungag Tokou Pasok Momogun Action Party" (April 1962).

24hb April 1962 - menarik diri dalam permohonannya untuk mendaftar parti lalu menghubungi parti "United National Pasok Momogun Party" yang diketuai oleh adiknya, Datuk G. S. Sundang. Parti tersebut telah gagal mencapai matlamatnya kerana lebih ramai lagi rakyat menyokong terhadap penubuhan Malaysia sebagaimana yang telah nyata dalam laporan penyelidikan Cobbold Commission.

14hb Januari 1964 - dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi dalam parti gabungan UNKO menjadi UPKO - (United Pasok Momogun Kadazan Organization).

27 November 1964 - menyambut ketibaan Yang Dipertuan Agung Tunku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamallulail dan Raja Permaisuri Agung, semasa lawatan Baginda Ke Keningau. Beliau telah memberi cenderamata berupa sumpitan (Blow pipe) dan topi.

Kegemaran (semasa muda) Memburu binatang
Menangkap ikan
Memelihara Kuda
Bermain Polo


-----------------------------------------------------------------------------

3.Lee Kim Sui
Lahir pada tahun 1902. Ibu beliau berasal dari Kuala Penyu berbangsa Bundu. Ibupaba beliau datang ke Keningau pada tahun 1901.Beliau adalah seorang daripada empat orang yang terlibat di dalam kumpulan kapitan Cina di Keningau.Beliau telah menamakan Kg. Bariawa sempena nama Sungai Bariawa.
Di dalam pemerintahan Jepun, beliau telah diarahkan membuat samsu.
Beliau telah menerima anugerah Cina Hakka tertua di Keningau.

-----------------------------------------------------------------------------

Sumber : http://www.sabah.org.my/bm/daerah/daerah/pdm/keningau/index.asp








 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.Respond to this message   
AuthorReply
Pelawat
(no login)

Re: SEJARAH : KENINGAU

No score for this post
January 27 2008, 8:53 AM 

Tq.Patricia.Diharap orang keningau dapat menyumbangkan idea yg baik sbgi perkongsian ilmu.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bah
(no login)

Re: SEJARAH : KENINGAU

No score for this post
January 28 2008, 10:49 AM 

Bah . limpas dulu ah .baik-baik kamu ,orang keningau kan terkenal dengan sikap positif berpada.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
The walrus
(Login edmondmojiun)

Tq patricia...

No score for this post
April 9 2008, 4:31 PM 

kita sibuk2 p ambi tau sejarah tempat org,kita x taw sejarah tmpt kita lahir,mbesar..THANXX 2 PATRICIA!!!...

CONTOH ANAK JATI KENINGAU!!!

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
webmaster
(no login)

Re: SEJARAH : KENINGAU

No score for this post
April 24 2008, 12:04 PM 

Terima kasih diatas sambutan anda terhadap forum keningau ini.Dan kepada pelawat yang bernama "mana forum pahlawan senyap tu?" forum anda tidak di delete di forum ini.Forum anda masih berada dalam senarai bersama dengan topik popular yang lain dan anda boleh mengakses dengan membuka http://keningau.cjb.net dan pergi ke bahagian bawah dan cari perkataan "next" di sebelah kiri muka depan forum ini.

Untuk pengetahuan anda.Pihak webmaster tidak akan memadam topik-topik yang dibuat di forum ini malah anda di galakkan membuat topik kegemaran anda dengan syarat anda jangan sama sekali membuat topik yang boleh memecahkan perpaduan, sensetif dan menyinggung perasaan mana-mana pihak.walaubagaimana pun pihak admin berhak untuk memadam dan mengedit teks yang dirasakan kurang sesuai untuk tatapan pembaca.Sila maklum bahawa pelawat forum keningau ini terdiri dari pelbagai lapisan bangsa dan kaum serta agama oleh itu kita harus mengambil kira untuk kebaikan semua.

Akhir sekali selamat berforum dan terima kasih diatas sambutan anda kepada forum keningau ini.


 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
praise
(no login)

thanx

No score for this post
June 21 2009, 11:45 PM 

hi pat..thanx ya...ko tau sy lah org kng paling x tau sejarah details keningau.stakat kayu manis tu tau lah tapi tokoh2 yg d sebutkn tu x tau b4 ni tapi tau sdh d lahh...tq

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Kent
(no login)

hye!

No score for this post
April 14 2010, 7:39 PM 

U can check in this for Okk gunsanad history link for information:http://www.facebook.com/pages/OKK-DATUK-SERI-PANGLIMA-GUNSANAD-KINA/113432562000806

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
org tua
(no login)

Re: SEJARAH : KENINGAU

No score for this post
April 15 2010, 1:12 PM 

betul tu tanakwagu...tapi kan asal bukan keningau bah koningau...jgn salah lg ahhh...keningau tu baru lg..yg ori koningau

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Bandukan Guys
(no login)

Ermmm...

No score for this post
January 13 2011, 7:52 PM 

bh...cntik lha...bru skrg sy tw ne cta dtuk moyang sy...huhu...thnks Pat...
ne lh zman skrg....mcm kcng lpa kulit da...cucu pn xda tw asal usul dtuk sndri....

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
 
  Respond to this message   
  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  
Find more forums on EntertainmentCreate your own forum at Network54
 Copyright © 1999-2014 Network54. All rights reserved.   Terms of Use   Privacy Statement  
http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com