http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com
 


  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  

RESEPI MASAKAN TRADISI TEMPATAN SABAH

May 2 2008 at 1:55 PM
No score for this post
Noi James  (no login)

 
OK membaca forum-forum anda diforum keningau saya dapati ramai juga yang berminat untuk mengetahui resepi atau masakan tradisi sabah khasnya masakan tempatan.Memang sabah kaya dengan resepi-resepi masakan yang belum di ketahui umum.Berikut saya perturunkan beberapa resepi yang anda boleh cuba untuk mempelbagaikan masakan harian anda.Resepi ini sebenarnya saya dapat dari pelbagai sumber di internet maklumlah sekarang ini maklumat begitu mudah untuk kita perolehi dengan hanya mengunakkan hujung jari kita sahaja.Sayang nya saya tidak ingat apa url atau alamat internet tersebut.Selamat mencuba.

TUHAU

Tuhau merupakan makanan tradisi suku kaum Dusun/kadazan disabah.Tuhau ini mudah di perolehi di hutan-hutan sabah.Pokok tuhau mempunyai daun yang berwarna hijau dan sederhana lebar.Cara-cara untuk membuat resepi tuhai adalah.

BAHAN-BAHANNYA

1.tuhau(suka ati,klu mau banyak buli juga)
2.udang kering(satu bungkus yg harga rm1)
3.limau kapas secukupnya(limau nipis)

4.garam dan ajino moto secukup rasa
5.cili api(ikut rasa mana mau)
6.bunga kantan yang segar(sebagai hiasan)

Caranya:

Tuhau di hiris halus atau kalu rajin tumbuk,klu rajin lagi kasi belenderlah.Udang kering d tumbuk bersama dgn tuhau.setela tu masukkan garam,aji no moto dan cili api.setelah semuanya sebati,simpan dlam mangkuk yang besar(ikut mana banyak tuhau yg telah d tumbuk).Perahkan limau kapas tapi jangan kasi ikut itu bijinya nanti pahit tu.Gunakan penyaringlah.akhir sekali hirislah bunga kantan halus2 dan gaulkan sekali dlm mangkuk tu.Peramkan sampai 20 minit sebelum d hidangkan.
Wau hidangkanlah masa makan tengah hari dengan ikan panggang atau pun sup ikan segar,tidak payah guring bah,ikan yang masi segar sadap bah kalu d rabus.

Tuhau boleh juga di campur kepada sup ikan untuk menambah kelazatan sup ikan tadi dan juga untuk menghilang kan bau ikan.


JERUK BAMBANGAN
Sapa-sapa yang nda tau apa tu bambangan.Bambangan ini macam mangga tapi buah dia besar dan kulitnya berwarna kelabu.Isi bambangan yang dah masak berwarna kuning merah dan rasanya manis.Tapi awas berhati-hati apa bila mengupas kulitnya kerana getahnya boleh membuat kan kulit anda yang halus itu terbakar.

Cara membuat jeruk bambangan.

Bahan-Bahan:

5 biji buah bambangan masak
2 biji bambangan
50 gm cili merah
20 gm cili padi

Cara:

Buah bambangan dibuang kulit. Ambil isinya sahaja. Potong memanjang berukuran setengah inci. Belah biji bambangan dan ambil isinya. Parut kasar-kasar. Cili merah dibelah dua. Gaulkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Simpan di dalam botol kedap udara selama seminggu sebelum boleh dimakan. Enak dimakan bersama ikan bakar atau ikan masin.

Sekian.Kepada anda yang ada resepi-resepi tempatan yang lain harap di poskan di ruangan ini ok.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.Respond to this message   
AuthorReply
Nancy
(no login)

Hinava

No score for this post
May 2 2008, 2:05 PM 

Cara untuk membuat hinava.Hanya 30 minit saja untuk membuatnya.Selamat mencuba.

( Khas untuk 5 orang makan )

Bahan-bahan

Ikan Yu 250gm
Garam 1 sudu kecil
Gula 1 sudu kecil
Cili padi 10 biji
Limau nipis 5 biji
Air 250ml

Cara-cara

Panaskan Air sehingga mendidih, buang sisik ikan yu, rendamkan ikan yu kedalam air panas tadi selama 3 minit, hiris isi ikan kecil-kecil mengikut kesukaan, masukkan ke dalam mangkuk, tambahkan 3 cubit garam, 2 cubit gula, serbuk perasa, cili padi 10 biji dan air limau nipis.

Gaulkan sebati (jika kekurangan rasa bolehlah ditambah ikut kesukaan) dan biarkan setengah jam sehingga ikan masak dan kemudian boleh dihidangkan...

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bulang
(no login)

resepi tradisi

No score for this post
May 3 2008, 1:29 PM 

si nancy sudah kasi itu resepi hinava ikan yu .ini pula tinagai.asas yang s
ama,makanan mentah diperah limau kapas.

bahan-bahan:
1.ikan pari(cari yang masih baru)
2.limau kapas(secukupnya)
3.bawang merah(secukupnya)
4.bawang besar (secukupnya)
5.lada(secukupnya)
6.bunga kantan

secukupnya pasal bukan tukang masak pro.Caranya bersihkan ikan pari,ambil isi sahaja.Limau kasi lembik dulu dengan cara pukul perlahan sampai lembik.NO 3,4 dan 6 hiris.lada di tumbuk,ala kadar jangan hancur
langkah seterusnya,perahkan limau kapas di ikan pari,secukupnya.Campurkan NO.3,4 dan 6 kasi gaul.kemudian gaulkan lada.jangan lupa campur sedikit garam secukup rasa.Tinagai boleh di makan apabila isi ikan pari berwarna putih beku.ikan pari sedap sebab isinya kenyal .sekian selamat mencuba.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Noy
(Login keningau)
Forum Owner

Re: RESEPI MASAKAN TRADISI TEMPATAN SABAH

No score for this post
May 11 2008, 1:51 AM 

sodap-sodap juga resepi korang neee bah..Membuat sa lapar tak terkata...........

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.

(Login konol_langkawit)
Ahli Forum Keningau

sya kawan baru kamu bosorita

No score for this post
May 11 2008, 12:16 PM 

hai smua.....pa kabar? siok jg dapat log in dalam ni blog, dapat merilekskan minda...Selamat berkenalan semua... terutama skali pada admins

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bulang
(no login)

karaatan/bosou

No score for this post
May 18 2008, 1:42 AM 

ini resepi jeruk/pekasam.
bahan-bahan:
1.ikan sapat(apa-apa pun bule, koruk bilis,daging ikut suka )
2.nasi
3.Pangi
4.garam.

ikan di bersihkan.pangi ambil isi dan hiris2 tapi jan talampau halus.campur bahan2 1-4.garam sesedap yang mungkin.Simpan dalan satu tempat(kakanan yang paling bagus).seal itu mulut kakanan .tunggu 2 minggu baru bule dimakan.kalo mau sedap lagi guring. rupa ini makanan mcam taik muntah kucing ba,tapi sadap....ba selamat mencuba

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bulang
(no login)

karaatan/bosou

No score for this post
May 18 2008, 1:43 AM 

ini resepi jeruk/pekasam.
bahan-bahan:
1.ikan sapat(apa-apa pun bule, koruk bilis,daging ikut suka )
2.nasi
3.Pangi
4.garam.

ikan di bersihkan.pangi ambil isi dan hiris2 tapi jan talampau halus.campur bahan2 1-4.garam sesedap yang mungkin.Simpan dalan satu tempat(kakanan yang paling bagus).seal itu mulut kakanan .tunggu 2 minggu baru bule dimakan.kalo mau sedap lagi guring. rupa ini makanan mcam muntah kucing ba,tapi sadap....ba selamat mencuba

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
GAYO T
(no login)

betul..betul la ko ni bulang.....

No score for this post
May 18 2008, 2:29 PM 

apa la ko ni. sudah bagi resepi tapi yg mcm taik kucing.bagus ko bagi resepi selipar masak kari.lepas masak macam selipar juga....

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bulang
(no login)

sedapnyaaaaaa..........................................

No score for this post
May 18 2008, 10:57 PM 

sedap nya selipar masak kari ko.ko makan la sendiri.kasi la itu resepi kalau ada...............ayam.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
GAYO T
(no login)

resepi jarang jarang

No score for this post
May 19 2008, 9:38 PM 

kamurang tau itu mato banjou ka. sejenis kulat juga ba .bentuk dia bulat di dlmnya ada air.kasi bersih itu kulat .kikis kulit. bahagian yang keras buang.K'dian perah limau kasturi dan sedikit garam. bule makan suda..... sodap................ tapi ini kulat jarang jumpa ada pun yang suda kering. selamat mencuba.....

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.


(Login tabasan)
Ahli Forum Keningau

SAYA MO TEST

No score for this post
May 26 2008, 4:45 PM 

cuba ba kamu masak ba...
sya lum pernah gi cuba tu...
nanti sya kasi nilai...semua masakan kamu tu. aa...

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.

(no login)

Bosou

No score for this post
July 24 2008, 4:37 PM 

bulang eh pandai nogi kau buat bosou . kau buat bosou untuk makan kotoi ko kasi jual? Jangan ko potong jalan say ni touki bosou terkenal dengan sedapnya. hee hee ko orang kat mana duduk aku bandaraya kk yang masih mengamalkan makanan bosou yg terutama. ha ha ha

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Current Topic - RESEPI MASAKAN TRADISI TEMPATAN SABAH  Respond to this message   
  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  
Find more forums on EntertainmentCreate your own forum at Network54
 Copyright © 1999-2014 Network54. All rights reserved.   Terms of Use   Privacy Statement  
http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com