http://keningau.cjb.net
--


  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  

KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

May 5 2008 at 4:32 PM
Julita John  (no login)

-
Baru-baru ini saya berkesempatan melihat berita di TV1 yang mengatakan permohonan Adun Liawan Datuk Sairin Karno untuk mengwujudkan radio bagi kawasan keningau di luluskan oleh kementerian penerangan.

Wah...kalau begitu tak lama lagi la keningau akan ada siaran radio sendiri.Segala informasi keningau akan kita dapat ketahui dengan cepat terutama berita-berita semasa keningau dan pedalaman.

Sekiranya semuanya ini akan jadi kenyataan, kawasan2 yang akan dapat mengikuti siaran tersebut meliputi tenom,nabawan,keningau,sook dan tambunan.Best juga kan.

Apa pendapat anda tentang pengwujudan siaran radio keningau ne......

 
 Respond to this message   
AuthorReply
lopung
(no login)

macam inda logik ja tu...

May 5 2008, 5:17 PM 

kalau betul la ada siaran radio sendiri.... macam indada apa yang best mau dilapur tu... tu la cadangan dia tu terbengkalai sejak duuuuluuu lagi. lama sudah bah dia kasi cadang tu begitu tapi inda menjadi.... kalau ada bagus juga la.... orang lagi suka dingar tu muzik fm bah dari sabah fm.... apa lagi keningau fm.... kalau mau yang live punya kamurang beli tu walkie-talkie... dingar urang becakap2 di sana.... hikhikhik

 
 
vit
(no login)

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

May 6 2008, 10:59 AM 

bagus juga ni idea oh tp bulih dapat kah itu di s'jung?kalau bulih dapat best oh.....ni asyik sya dingar cd dusun ja...

 
 
Tius
(no login)

Keniningau FM wajar di adakan

May 6 2008, 11:08 AM 

Pendapat saya.Adalah wajar juga keningau fm di ujudkan atas sebab.

1.Penyebaran berita semasa kegiatan yang berlaku dipedalaman
2.Pemberitahuan tentang kursus-kursus yang akan di adakan untuk warga keningau
3.Pemberitahuan tentang kekosongan jawatan
4.Platform untuk menyalurkan bakat2 tempatan cht bakat menyanyi,drama,sajak
5.Hiburan pelbagai bahasa cth dusun dan murut.




 
 
MUSLA
(no login)

idea baikk punyerrr...

May 8 2008, 1:17 AM 

Wowww..idea baik lah tu kalau ada keningau FM..
tapi betul juga c vit cakap tu..boleh dengarkah keningau Fm di semenanjung...

Kalau c vit balik-balik dengan cd dusun...aku pula balik-balik layan lagu tamil...itu jak yang clear di sini........

 
 

(no login)

yahoo..

May 8 2008, 1:42 PM 

nakamaju suda kn keningau..d KK dpt 2 siaran da kn..
buli tahan bha sairin karno..

 
 
tius
(no login)

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

May 8 2008, 2:37 PM 

siaran dia tidak akan kedengaran di sememanjung cuma di pedalaman saja spt tenom,nabawan,sook,tambunan dan keningau.Semua aktiviti di kawasan ini akan di ketahui umum melalui keningau fm.

Melalui penelitian sa dgn lain-lain stesyen dpt sandakan fm dan tawau fm.Banyak rancangan lain yang akan keudara selain seperti diatas ada juga permintaan ucapan melalui sms,telefon,bakat menyanyi,personaliti minggu ini dan terdapat juga iklan-iklan perniagaan serta iklan lain.Tapi yang bestnya pasti bahasa dusun dan murut juga mungkin mendapat ruangan keudara.

Sama-sama la kita tunggu.......pastinya best

 
 
johanah
(no login)

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

May 12 2008, 12:38 AM 

syah pun nda sabar juga dengan pengujudan KENINGAU FM ne...Mana la tau boleh juga jadi DJ hehe.Tapi kalau nda dapat pun nda apa la juga yang penting ada KENINGAU FM.

 
 

(Login konol_langkawit)
Ahli

keningau fm

May 12 2008, 2:22 PM 

good2....kalu sudah menjadi kenyataan korang dingar2 lah kalu nama c konol kana sebut, sya la tu...ngeeee......

 
 

(no login)

KENINGAU FM. :-)

May 22 2008, 5:21 PM 

Assalamualaikum w.b.t?
Allhamdulillah..syukur ku panjatkn atas prncngan YB.Datuk Hj. Sairi Hj.Karno untk mewujudkn siaran Radio KENINGAU FM, ini kerna saya percya dan yakin dengan adanya siaran radio keningau fm ni..dapatlah kita mengatahui segala informasi2 yang berlaku dalam dan luar negeri mahupun dalam dan luar negara khususny di Daerah Keningau,Tambunan,Sook,Nabawan,Tenom dan sebagainya yang mendapat liputan siaran tersbt disamping selain untk mengeratkn silaturahim kita sesama manusia khususnya kaum yang kita lihat disini semakin membimbangkn.Syukur..mudah2an,insyaAllah siaran Radio Keningau fm ini dapat di manfaatkn oleh seluruh kaum yg menetap d bndar mahupun d luar bndar.insyaAllah..berkat kepimpinan yang teratur YB,Saya percaya dan yakin segala perancangan YB,dapat membantu dan melahirkn MODAL INSAN yang benar2 menepati saranan Perdana Menteri kita Datuk SRI.Abdullah Ahmad Badawi..Setia kami d sini sentiasa bersedia dan menyokong kuat untuk sentiasa bersama2 memperjuangkan demi Agama, bangsa dan negara dibawah pucuk kepimpinan Barisan Nasional..SEDIA,GEMPUR

 
 
lopung
(no login)

inda jadi la tu...

May 22 2008, 9:49 PM 

tembirang ja ba rancangan c sairin tu... ada ka benda2 remeh begitu mau bikin di keningau... banyak bei cara lain... kalau buka stesen radio di keningau besar kos dia tu... kerajaan indada duit la mau bikin tu... baras sudah naik tau harga dia... inda lama petrol lagi naik... jangan la kamurang harap... kalau sabah sudah kaya baru la bule...

 
 


(Login tabasan)
Ahli

KENINGAU FM.???

May 25 2008, 1:41 PM 

aalala...tu projek bikin samak ja ba d keningau tu...
apa la bikin klu ada keningau fm...
bkn bikin kasi maju pun tu...
bagus lagi dia (kepada yg berhormat) kasi bagus jalan raya d kampung2...
kasi tiang letrik....kasi pasang tu lampung2 d kampung...
baru la ada kemajuan sikit...sama tu pilak2 pun kasi pupus la..d keningau...
sebap keningau la..yg no1 banyak PTI....
sya bukan aapa la....sebap BN sda menang..tapi sikit projk pun tada...
balik2 cerita pasal UMNO VS BN la...sini keningau tada jua mo kasi maju2..
CUBALA ANDA RENUNG2 D KENINGAU APA YG BN KASI SAMA PENDUDK KENINGAU SELEPAS BN MENANG D BN....

 
 
Badus
(no login)

Keningau FM

May 26 2008, 4:27 AM 

Bagus juga la kalu kana buat.. Tapi saya se7 juga sama cadangan c tabasan tu.
Sama kasi hapus itu pilak2 d keningau 100% baru la santek koningau..
Alama talabih suda.

 
 


(Login tabasan)
Ahli

HAHAHA...KENINGAU FM..???

May 26 2008, 3:28 PM 

yaba...nanti klu ada keningau fm...semau lagu indon ja...
itu pun permintan dari PTI....

 
 
Gundorok
(no login)

KENINGAU FM

May 27 2008, 12:48 PM 

Mimang satu cadangan yg baik lah; tapi biar orang pedalaman sendiri yang mengendalikannya; sia sukung c lopung jadi DJ; aramai tii.....

 
 
lopung
(no login)

jadi dj?

May 28 2008, 8:07 AM 

ba bule ba... kalau setakat dj masa urang kawin tu indada masalah tu... sama saja baitu karaja dia... nanti sa kasi kenyang kamurang lagu dusun dan murut.... asal lagu baru 200x ulang dalam sehari... hahahahaha...

 
 
Pelawat
(no login)

tius

May 28 2008, 10:18 AM 

kita tunggu dan lihat..

 
 
koruk
(no login)

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

June 7 2008, 3:59 PM 

saya tertungguu-tunggu bila KeningauFm dimulakan.

 
 
lapuk
(Login lapuk)

minta ampun

June 7 2008, 4:17 PM 

ada juga tu nanti...banyak informasi yang diperoleh,mcm sandakan fm, tawau fm.. bagus,apa pembangunan modal insan? bukan sudah lama kah diminta diwujudkan radio keningau.. ntah beberapa tahun yang lalu.ntah zaman apa lagi tu..?pembangunan modal insan yang lembab.....
jauh ketinggalan....

 
 
tius
(no login)

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

June 22 2008, 3:41 PM 

Perkembangan terbaru KENINGAU FM.
Photobucket

 
 
iiii ja
(no login)

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

June 30 2008, 5:50 PM 

sia pun ada dangar2 juga pasal 2 keningau fm mau kana kc wujud bah.. ada suda studio dia kunun sana di rumah persekutuan. dia punya ekuipmen bukan alang2..canggih ooo baru lagi tu kala2 sabah fm bah. sia mimang sukung laitu keningau fm ditubuhkan..pasal kalau mau harap sabah fm siarkan berita2 di kawasan pedalaman mimang tidak sukup ruang bah..basar baini kawasan pedalaman jadi mimang patut diwujudkan satu stesen radio sendiri supaya lebih banyak berita pasal urang2 di pedalaman dapat disiarkan.
lagipun kalau keningau fm diwujudkan, sudah tentu akan membuka peluang kerja untuk urang2 keningau sendiri..banyak baitu tanak wagu/sumandak2 lepasan sikul spm stpm ijazah pun ada yang masi menganggur..mungkin dorang buli cuba nasib karaja di keningau fm..at lis ada juga laa pendapatan drpd duduk rumah kasi habis baras sj.
tapi sia harap2 keningau fm dapat melakukan satu pembaharuan..ada trademark sendiri yang mampu menarik perhatian urang ramai..biar kitaurang di pedalaman rasa siukkk saja dangar ni stesen smpai tidak mau tukar cenel lain lagi..misalnya tu dj2 sakap bahasa sabah tida paya la tukar2 tu bahasa yang a jd e..wujudkan identiti tempatan bah. jangan jadi mcm sabah fm sakap semenanjung saja sia dangar pun terasa mcm sia ni berada di semenanjung pula huhu. tapi cuba kamu bayangkan kamu dangar radio mcm kamu dgr urg keliling becakap2..lain dari yang lain..mesti siukk tu..heheh.

RADIO KITA, BAHASA KITA, MILIK KITA.

 
 
tongiluang
(no login)

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

June 30 2008, 11:01 PM 

ya betul tu iiiija sa sokong pendapat ko.Sbnrnya sa ada penah ke sandakan suatu ketika dulu dan sa berkesempatan dgr sandakan FM dan memang hebat.Durang gunakan bahasa tempatan dan amat diminati diseluruh sandakan.Ada juga rancangan permintaan melalui sms dan telefon dan memang hebat la.Tiap hari saya dengar siaran semasa disana.Harap-harap dgn kewujudan keningau FM ini akan dapat dapat memberi menafaat kepada warga keningau khas nya di kawasan pedalaman.

 
 
Tompulalangoi
(no login)

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

November 12 2008, 12:03 PM 

KENINGAU:Stesen Radio RTM ke-34 yang terletak di keningau akan beroperasi sepenuhnya pada 1 januari 2009.

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Abdul Rahman Hamid berkata stesen itu kini dalam peringkat akhir pengubahsuaian.

"kita hanya menunggu pejabat operasi ini siap" katanya ketika ditemui selepas melawat dan meninjau persiapan akhir pengubahsuaian dan pemasangan peralatan,siaran radio RTM Keningau dibangunan Persekutuan Keningau.

Pencetus penubuhan stesen radio RTM yang di kenali sebagai 'Keningau FM' adalah Wakil Rakyat N.43 Liawan Datuk Hj.Sairin Hj.Karno.

Rahman berkata,buat permulaan stesen radio itu akan bersiaran selama 10 jam dengan Bahasa Malaysia sebagai penghantar utama,disamping bahasa tempatan seperti Dusun dan Murut.

Seramai 20 orang tenaga kerja di tempatkan distesen itu bagi peringkat pertama,dan akan di tambah kepada 40 orang secara berperingkat.


dipetik dari : New Sabah Times muka surat 9 - selasa 11.11.2009

 
 

(Login langkawits)
Ahli

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

November 13 2008, 5:38 AM 

Kesian betul si khairy abdulah ni, eja MHz pun tidak pandai.. memalukan (97.xx Megahertz) la kawan...

 
 
kawan
(no login)

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

November 13 2008, 7:58 AM 

ala itu singkatan bah tu.ko tanya la rtm.di mana juga kau dapat tulisan dia tiada pun dlm news

 
 
antungau
(no login)

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

November 13 2008, 8:11 AM 

frome @ langkawits..

dia tulis dalam bahasa dusun mangkali itu...biasalah tu tersilap taip bah tu..tu pun ko mahu komen...

 
 

(Login langkawits)
Ahli

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

November 13 2008, 3:28 PM 

to kawan----Kada kotogod kio, cuba ko baca ayat pertama dalam keratan akbar dalam forum ini..
-Mangkali dia salah taip. Bah apa kabar kamurang.. Suda lama tida balik keningau ni.
Maaf kalau ada yg tersinggung.. Kita sama2 belajar dan terima kritikan..

 
 

(no login)

alamak....

November 13 2008, 9:36 PM 

tumpang tanya skijap......d mana juga kmu nampak tu nama c Khairy Abdullah? sia xda nampak pun.....tulung dlu kstau sia.....

 
 

(Login langkawits)
Ahli

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

November 14 2008, 1:18 AM 

kan penulis surat kabar tu mohd khairy abdullah..

 
 
antungau
(no login)

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

November 14 2008, 7:08 AM 

alalah gerigitan punya basar tu nama si kahiry abdullah kana tulis dalam kotak bah tu...tingu butul2 bah gerigitan...

 
 

(Login cockduck88)

Ui...betul kah ni...

November 14 2008, 3:13 PM 

Hebat oo klu ada sdah Keningau FM nanti...
Mana tau buli kerja di sana...
maintenance kah...

 
 
hollowboy8888
(no login)

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

November 14 2008, 8:55 PM 

hai hai hai...keningau.FM...
lebih cool daripada biasa....

 
 
hollowboy8888
(no login)

Re: KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman

November 14 2008, 8:57 PM 

hai hai hai...keningau.FM...
lebih cool daripada biasa....

 
 
Current Topic - KENINGAU FM - Radio Khas Untuk Kwsn Pedalaman  Respond to this message   
  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  
Find more forums on EntertainmentCreate your own forum at Network54
 Copyright © 1999-2008 Network54. All rights reserved.   Terms of Use   Privacy Statement  
http://keningau.cjb.net