http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com
 


  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  

IKLAN JAWATAN KOSONG

July 17 2008 at 1:34 PM
Score 2.0 (1 person)
MAT  (no login)

 
Topik ini di buat untuk kita sama2 mengetahui kekosongan jawatan di mana-mana mengikut sumber-sumber seperti Akhbar,Tv atau sumber-sumber yang lain.

Kepada anda yang mengetahui di mana-mana ada kekosongan sila post iklan itu di bhg ini.Semoga topik ini akan dapat membantu kita semua.

SUMBER: Daily Express Muka 33
JAWATAN KOSONG : Pegawai Pertanian Gred G41
J.KEKOSONGAN : 1
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERTANIAN
KUM.PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
JADUAL GAJI : P1T1 RM1694.46 PT27 RM4644.46
SYARAT : Izazah Sarjana Muda Sains Pertanian....

Sila baca daily express untuk keterangan lanjut.






 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.Respond to this message   
AuthorReply
Goku
(Login auhokulogop)

sini banyak.......kerja kosong..

No score for this post
July 17 2008, 2:13 PM 

http://www.discoverpetronas.com/

kamu tinguk2 lah................apply apa yang related dgn kamurang. mana tau ada berkenan di hati.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
kunit
(no login)

Re: IKLAN JAWATAN KOSONG

No score for this post
July 18 2008, 8:59 AM 

d kgu pn ada jwatan kosong part time org gila penganti c kusung.....

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
lyonnell
(no login)

jawatan kosong..

No score for this post
July 23 2008, 7:56 PM 

layari laman web uitm sabah.kamu cari je...ada jawatan kosong tu sana.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
ita
(no login)

iklan jawatan kosong

No score for this post
October 2 2008, 2:44 PM 

bnyk jwtn kosong di keningau tu... pungut sampah

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Sumandak Borneo
(no login)

Re: IKLAN JAWATAN KOSONG

No score for this post
October 2 2008, 2:55 PM 

ya btul tu ita byk jwtan kosong tu pungut sampah kasi bersih2 tu keningau supaya bersih..dgr2 ceta tda mustail keningau tu akan mjdi bandar suatu ati nti..kmuurang nda gumbira..

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
ally
(no login)

iklan

No score for this post
October 3 2008, 11:22 AM 

heeee... ngm la tu pngt smaph.. na tau bnyk pahala. bangga kta jdi urng keningau y bersih

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
kediung
(no login)

jawatan kosong

No score for this post
October 9 2008, 11:49 PM 

ingin menjadi warga jualan astro;Purata pendapatan sekitar Rm 3000.00 atau lebih sebulan . untuk ketarangan lanjut sila hubungi 088-265668 di centre point k.k atau datang terus ke alamat:Suite E15, 5th floor, CPS Tower. centre point sabah 88000 kota kinabalu sabah.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
FromMe
(no login)

Re: IKLAN JAWATAN KOSONG

No score for this post
October 13 2008, 5:31 PM 

ciss..sia2 jak sy cek.. betul sy tenga tension ni ndak da kaja

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
FromMe
(no login)

Re: IKLAN JAWATAN KOSONG

No score for this post
October 13 2008, 5:35 PM 

cari sugardedilaa..malas nak kaja

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Masrani Bin Tumas
(no login)

Memohon Jawatan

No score for this post
November 24 2008, 10:39 AM 

Saya ingin memohon jawatan sebagai pegawai pertanian gred G41 yang di iklankan dalam Daily Express

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
azwa
(no login)

Bekerja untuk berdakwah demi perjuangan islamiah

No score for this post
January 15 2009, 9:49 PM 

ATAS NAUNGAN AGAMA..KEMANUSIAAN MARILAH BERJUANG. HENTIKAN PRODUK PRO-ZIONIS / ISRAEL

WADAH PERJUANGAN ISLAMIAH

Marilah Perjuangkan Produk Halal Dan Menjana Pendapatan Barakah Bersama HPA

Adakah anda sudah menggunakan produk HALAL sepenuhnya?
Masih tercari-cari produk HALAL keluaran umat Islam sendiri?
Ingin menjadi usahawan produk HALAL yang berjaya?

Kini kami ingin memperkenalkan kepada anda sebuah syarikat 100% milik bumiputra Muslim iaitu HPA Industries Sdn Bhd. HPA (Herba Penawar Al-Wahida) merupakan sebuah syarikat yang begitu komited dalam mengeluarkan lebih 500 produk-produk Halal berupa makanan kesihatan, minuman, dan produk kegunaan harian untuk kegunaan umat Islam di negara ini dan juga di negara-negara di seluruh dunia.

HPA turut menawarkan peluang perniagaan produknya yang bersifatkan perubatan herba kepada anda semua. Selain ilmu herba, anda juga boleh mempelajari ilmu diagnosis penyakit dan perawatan seperti bekam, akupunktur dan refleksologi.

Dengan menyertai HPA, anda bukan sahaja mendapat keuntungan di dunia tapi juga kebaikan di akhirat, Insya Allah. Ingatlah Allah membuka jalan rezeki bagi orang yang menolong ke arah agama Allah. Mari kita bersama-sama menyokong dan berjuang untuk produk Suci dan Halal demi generasi kita seterusnya..


Seandainya anda ingin sama-sama berjuang untuk mengembangkan produk Halal dan Suci sambil membina pendapatan barakah bersama HPA, marilah sertai kami dengan menghadiri Ceramah Motivasi Produk Halal Haram dengan menaip CERAMAH jarak NAMA jarak DAERAH dan hantarkan SMS KE 019-426 0888 untuk mengetahui tempat, masa dan tarikh yang akan di adakan di tempat anda.


 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
tangkalamai
(Login tangkalamai)

aiyaa.......

No score for this post
January 18 2009, 10:26 AM 

jgn kamurang pandang rendah tu kerja tukang pungut sampah..halal bah tu..drpd kamu jadi penganggur terhormat/tertekan..lg bikin malu masyarakat..

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
lonly men
(no login)

Re: IKLAN JAWATAN KOSONG

No score for this post
January 19 2009, 9:21 PM 

adakah di sini yang kerja d bahagian pelancongan...seperti pemandu pelancug,pemandu bas persiaran TRAVEL and tuor,

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
noniey
(no login)

please let me know if there's any vacancy

No score for this post
March 13 2009, 9:23 PM 

dear friends,
please let me know if there's any vacancy in any company wether it's goverment or not.... i am so desperately want a job right now.... so bored without a job... please let me know yah... or do send me email at freddynotjohn@yahoo.com...

thanks...


 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.

Crown
(Login sir0c)
Ahli Forum Keningau

Re: IKLAN JAWATAN KOSONG

No score for this post
March 14 2009, 1:32 AM 

aiyaa.. kamurang panat2 mo cari karaja makan gaji, dgn rm55 ja buli buat bisness sendiri sda ba, buat ja tu bisness mlm dcl yg jual2 prudak kesihatan&kecantikan kira bagus jua tu part/full time buli buat, klu pasal barang ja senang sda skg keningau ada pengedar besar sda(Busness Center) inda paya sda turun naik p kk, utk keterangan lanjut buli p sna stockis dia sna balakang BSN lama yg barisan chatter box sma sda kadai baru tu yg d dkt tu kelab permata

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
antungau
(no login)

Jawatan- Jawatan Di Kementerian Pertahanan

No score for this post
March 17 2009, 11:56 AM 

1. Tukang K3 - Gred R11 - Kod Skim 6305 - Kelayakan - PMR/SRP/ Tamat Ting 3.
2. Atenden Kesihatan - Gred U3- Kod Skim 6700 - Kelayakan- PMR/SRP/ Tamat Ting 3.
3. Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah - Gred R3- Skim 6751 - Kelayakan Tamat Darah 6 dan ada lesesn kelas E/E1/F/G/H/I
4. Pembantu Am Pejabat - gred N1 - skim 4845 - Kelayakan Tamat Darjah 6
5. Pekerja Awam - Gerd R1 - Skim 6580 - Kalayakan Tamat Darjah 6.

IKLAN KESOKONGAN JAWATAN BOLEH DIPEROLEHI MELALUI WEB: www.mod.gov.my (huruf kecil) dalam ruangan Kerjaya (Awam).

Permohonan boleh dibuat dengan melayarai terus melalui laman web: www.jobsmalaysia.gov.my

untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Ketua Setiausaha
Cawangan Khidmat Awam
(Unit Pengambilan)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 2, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
Tel : 03-20716650

siapa yg berminat cuba2 lah memohon mana tahu dapat...daripada jadi PELADANG ANGGUR bagus memohon....

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
antungau
(no login)

Re: IKLAN JAWATAN KOSONG

No score for this post
March 17 2009, 12:03 PM 

PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG
DI KEMENTERIAN PERTAHANAN

Jika anda adalah warganegara Malaysia yang berkelayakan, anda adalah dipelawa untuk memohon mengisi jawatan-jawatan kosong berikut :-

1. 1.1. (a) Jawatan : Tukang K3
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Mahir, Separuh Mahir & Tidak Mahir
(d) Ringkasan Tugas :
Tukang Kayu - Kod Skim 6306

i) Menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan ketukangan kayu seperti membuat kotak, perabot, memasang lantai, dinding dan membaiki alat-alat perabot rosak.

ii) Menjalankan kerja-kerja mengilap barang-barang perabot dan sebagainya menggunakan varnish dan menilap lantai permainan.

1.2. Jadual Gaji : Gred R9

P1T1 RM721.02 - P1T21 RM1626.04
P2T1 RM763.49 - P2T21 RM1709.28
P3T1 RM807.59 - P3T21 RM1794.23

1.3. Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c)
(i) tamat tingkatan 3 Sekolah Menengah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; atau.
(ii) pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Awam, Pekerja Awam Khas, Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;

(d) (i) mempunyai Sijil Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan atau Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau





(ii) Lulus ujian kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperakukan oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil MLVK atau Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Tahap 2;

(Gaji permulaan ialah pada Gred R9 :P1T2)
(e) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
1.4. Taraf Jawatan : Tetap
1.5. Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Tukang K3 adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
1.6. Kekosongan :
Kekosongan terdapat di negeri-negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Kedah dan Negeri Sembilan.

2. 2.1. (a) Jawatan : Atendan Kesihatan Kod Skim 6011
(b) Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Perubatan & Kesihatan
(d) Ringkasan Tugasan :
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas pembersihan dan membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan berkaitan, mengambil dan merekod data pesakit dan sebagainya di unit-unit tertentu.
2.2. Jadual Gaji : Gred U3
P1T1 RM709.59 - P1T18 RM1452.85
P2T1 RM752.06 - P2T18 RM1531.25
P3T1 RM796.16 - P3T18 RM1611.23
2.3 Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Tamat Tingkatan 3 Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan; dan
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
2.4. Taraf Jawatan : Tetap
2.5. Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Atendan Kesihatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
2.6. Kekosongan :
Kekosongan terdapat di Negeri-negeri seperti Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perak.

3. 3.1. (a) Jawatan : Pemandu Kenderaan Kod Skim 6700
: Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Kod Skim 6751
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir
(d) Ringkasan Tugas : Memandu dan menyenggara kenderaan seperti lori, bas, van, kereta dan Forklift untuk kegunaan Kementerian Pertahanan.
3.2. Jadual Gaji : Gred R3
P1T1 RM701.42 - P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 - P2T17 RM1423.41
P3T1 RM787.99 - P3T17 RM1493.59
3.3. Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan.
(ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan Gred R3 ialah:

Lesen D P1T3
Lesen E/E1/E2 P1T4
Lesen F/G P1T5
Lesen H/I P1T6

dan (d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
3.4 Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam Gred R1 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(i) mempunyai kelayakan di para 4.3.(c) (ii) dan (iii) di atas; dan

(ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

3.5. Taraf Jawatan : Tetap
3.6. Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pemandu Kenderaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
3.7. Kekosongan :
Kekosongan hanya terdapat di negeri-negeri seperti Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, Melaka dan Pulau Pinang.

4. 4.1. (a) Jawatan : Pembantu Am Pejabat (Pelayan Mes) Kod Skim 4845
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Ringkasan Tugas :
(i) Bertanggungjawab mengemas dan menjaga kebersihan dewan makan di mes pegawai ATM.

(ii) Bertanggungjawab mengatur serta memastikan kebersihan perkakas hidangan yang digunakan seperti sudu garpu, cawan, pinggan dan lain-lain sebelum dan selepas digunakan.

(iii) Bertanggungjawab untuk menghidang makanan yang telah disediakan oleh Tukang Masak pada waktu-waktu yang telah ditetapkan ke dewan makan.

4.2. Jadual Gaji : Gred N1
P1T1 RM649.15 - P1T22 RM1506.79
P2T1 RM691.62 - P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 - P3T22 RM1661.82
4.3. Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1:P1T2)
4.4. Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Am Pejabat adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
4.5. Kekosongan :
Kekosongan terdapat di negeri-negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.

5. 5.1. (a) Jawatan : Pekerja Awam Kod Skim 6580
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir
(d) Ringkasan Tugas :
Menjalankan tugas berkaitan dengan kerja-kerja
yang menggunakan tenaga seperti menjaga kebersihan dan mencantikan kawasan serta tugas stor atau bengkel.
5.2. Jadual Gaji : Gred R1
P1T1 RM647.51 - P1T14 RM1178.43
P2T1 RM689.98 - P2T14 RM1242.09
P3T1 RM734.08 - P3T14 RM1307.38
5.3. Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; dan
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi
oleh skim perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R1 : P1T3)
dan (b) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dengan baik.
5.5. Taraf Jawatan : Tetap
5.6. Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
5.7. Kekosongan :
Kekosongan terdapat di negeri-negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Terengganu, Kelantan, dan Pahang.

1. PANDUAN MEMOHON
1.1 Borang Permohonan
1.1.1 Permohonan boleh dibuat dengan melayari terus lama web : www.jobsmalaysia.gov.my
1.1.2 Permohonan dari kalangan orang kurang upaya (OKU) hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
1.1.3 Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, adan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan dokumen berikut semasa urusan temuduga :-
i) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini; dan
ii) Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang tekini.
1.2 Umur
1.2.1 Calon untuk Lantikan Tetap
i) Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;
ii) Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan;
iii) Bekas anggota tentera/polis yang telah menamatkan perkhidmatan dengan baik hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan.
1.3 Kemudahan-kemudahan dan Elaun-elaun
Pegawai lantikan tetap layak menerima gaji yang ditetapkan mengikut skim perkhidmatan dan pelbagai kemudahan serta elaun yang sedang berkuatkuasa di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, seperti berikut:-
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (Sokongan II) - RM95.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan - RM180.00
iv) Bayaran Sara Hidup - Antara RM100.00 hingga RM300.00
(mengikut penempatan)
iv) Pinjaman Perumahan
v) Pinjaman Kenderaan
vi) Pinjaman Pembelian Komputer
vii) Kemudahan rawatan percuma di Hospital/Klinik Kerajaan
Viii) Cuti Rehat Tahunan dan cuti-cuti lain yang berkelayakan
1.4 Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan ini ialah pada 18 Mac 2009.
1.5 Keterangan Am
1.5.1 Pemohon boleh memohon lebih dari satu jawatan sesuai dengan kelayakan masing-masing.
1.5.2 Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk temuduga.
1.5.3 Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup atau selepas ditemuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Iklan jawatan mindef 2009

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
cynthia_fish
(no login)

Iklan

No score for this post
March 17 2009, 4:44 PM 

Tahun nih ada pengambilan Polis:

(1) Pegawai Inspektor PI(T) kelulusan Ijazah ke atas >

(2) Konstabel(SJN) kelulusan Diploma ke atas >(Traning Konst tamat pakai pangkat SJN)

(3) Konstabel kelulusan SPM & STPM

(4) Konstabel Sokongan kelulusan PMR & SPM ke atas >


Tunggu iklan di IPK,IPD,Balai2 dan surat khabar.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
antungau
(no login)

Re: IKLAN JAWATAN KOSONG

No score for this post
March 18 2009, 4:07 PM 

Iklan Jawatan


PEKERJA AWAM GRED R1 Klasifikasi: Perkhidmatan Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir

Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
Taraf Jawatan: Tetap

Jadual Gaji: P1T1 RM 647.51 - P1T14 RM 1178.43 P2T1 RM 689.98 - P2T14 RM 1242.09 P3T1 RM 734.08 - P3T14 RM 1307.38

Bidang: PEKERJA AWAM GRED R1

Syarat Lantikan: Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) (i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah

Syarat Khas: CARA MEMOHON i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang KDN 1/2009 yang boleh diperolehi dengan melayari laman web KDN dihttp://www.moha.gov.my/ dan juga boleh dapati di Kementerian Dalam Negeri di alamat seperti berikut:

Alamat Permohonan: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Unit Perkhidmatan (Pengambilan) Aras 3, Blok D1, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62546 PUTRAJAYA.

Deskripsi: Memastikan keadaan persekitaran bangunan sentiasa bersih, menyelenggara dan menjaga pokok-pokok bunga dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.





Tarikh Tutup: 27/3/2009



 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
 
< Previous Page 1 2 Next >
  Respond to this message   
  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  
Find more forums on EntertainmentCreate your own forum at Network54
 Copyright © 1999-2014 Network54. All rights reserved.   Terms of Use   Privacy Statement  
http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com