Kes Pengguguran dan Pembuangan Bayi-Bayi dibuang dalam lubang tandas awam
December 16 2008 at 12:11 AM No score for this post
Bangaron (no login)
BAYI yang ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas kini mendapat rawatan di Hospital Jitra.
CHANGLUN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang bayi lelaki yang ditemui masih hidup selepas dibuang dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat sini, semalam.
Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas.
Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan lemah dan sedang menghisap jari dipercayai lapar, manakala kakinya lebam,
Apa perasaan dan pendapat anda semua...????
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Re: Kes Pengguguran dan Pembuangan Bayi-Bayi dibuang dalam lubang tandas awam
No score for this post
December 16 2008, 9:41 AM
masa durang buat maksiat tu ingat sadap saja bila dapat anak sanag2 saja mahu buang...ni bukan rahap binatang tapi dah melebihi tahap binatang...binatang pun tidak buang anak durang dalam tandas...kalau butul tidak mahu itu anak hantar la pigi rumah kebajikan ka...ni main buang saja..apa salah itu baby..bangkai butul lah yg buang tu baby...kalau dapat bagus hukum sula atau hukum gantung saja saja tu urg...hidup pun tida guna...
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Bangaron (no login)
Re: Kes Pengguguran dan Pembuangan Bayi-Bayi dibuang dalam lubang tandas awam
No score for this post
December 19 2008, 1:11 AM
Selebriti popular gugurkan kandungan
KEJADIAN artis gugurkan janin atau membuang kandungan memang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Perbuatan tidak berperikemanusiaan seumpama ini seolah-olah satu fenomena biasa dalam dunia serba moden ini, 'buat' anak, dah mengandung nak elak malu, buang saja kandungan itu! Senang sangat kan, semudah ABC, ditambah dengan perubatan sofistikated, artis berkenaan tidak takut dengan risiko berdepan dengan maut. Mereka lebih rela mati daripada hidup membesarkan anak tanpa seorang ayah!
Ketika melepak di sebuah pusat hiburan di ibu kota baru-baru ini, Zubir terserempak dengan rakan artis yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang selebriti popular yang khabarnya menggugurkan kandungannya berusia sebulan setengah di sebuah klinik perubatan sekitar Ampang, Selangor, akhir tahun lalu.
Bukan sekali dia (selebriti popular) gugurkan kandungannya, tapi dua kali! Minah ni memang hebat, baginya buang anak perkara biasa. Setiap kali terlanjur dengan teman lelakinya, dia buang. Tahun lalu dua kali, tahun ini aku tak tahu berapa kali dia buang baby! Lazimnya, selebriti ini akan memilih klinik yang pekerjanya rata-rata bangsa India atau Cina, maklumlah kalau ada Melayu, pasti kenal mukanya yang popular itu.
Akhirnya selebriti itu dapat tahu ada sebuah klinik ibu mengandung di Ampang yang pekerjanya semua bangsa asing. Dia bersama teman lelakinya seperti biasa check-in di klinik berkenaan untuk proses buang baby. Namun, kali ini nasib kurang baik, dalam sembilan orang pekerja termasuk doktor dan jururawat, kakak cleaner yang bertugas di situ, orang Melayu, kwang, kwang, kwang!
Kakak cleaner itu yang membersihkan segala kotoran termasuk tompokan darah selebriti berkenaan selepas dia selamat menjalani proses buang baby. Apa lagi, heboh satu kampung, selebriti popular gugur anak! kata teman artis itu lagi.
Bagi Zubir mudah saja, pandai makan pandai simpan, tapi selebriti popular itu bangang, dah tahu muka pasport, pergilah buang anak kat luar negara, boy friend awak tu kan ke orang kaya, apa ada hal!
: Pelakon seksi yang agak berumur ada simpan tatu naga di perut dan belakang badannya.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Bangaron (no login)
Biasalah artis......
No score for this post
December 19 2008, 1:16 AM
Bintang AF3 gugur anak luar nikah
Borak punya borak, maka terpacul daripada mulut seorang daripada mereka, cerita panas mengenai bintang Akademi Fantasia 3 (AF3). Teropong mereka memberitahu Zubir, konon ceritanya bintang AF3 yang belum berkahwin ini, mengandung anak luar nikah hasil perhubungan sulit dengan teman lelakinya.
Jika beberapa minggu lalu kau pernah tulis bintang AF5 tinggal sebumbung, kali ini aku ada cerita lagi meletup, bintang AF3 mengandung dan pernah menggugurkan kandungannya yang berusia kira-kira dua bulan!, cerita kenalan tadi bersungguh-sungguh.
Katanya, lagi, pasangan berkenaan tinggal serumah, selain mereka, seorang lagi yang menetap bersama, jin nafsu! Minyak bertemu api, malam yang dingin, panas membara. Hawa nafsu tiada kawalan, disebabkan janji setia sehidup semati, bintang AF3 itu rela menyerahkan kehormatan diri kepada teman lelakinya atas nama cinta!
Apabila bintang AF3 itu sering muntah-muntah dan tekak sentiasa loya, teman lelakinya mulai panik. Selepas melakukan ujian kehamilan dilakukan sendiri di rumah, sah bintang AF3 itu hamil dua bulan! Disebabkan malu dan karier seni bintang AF3 itu baru nak berkembang, kedua-duanya mengambil keputusan gugurkan saja kandungan itu di sebuah klinik swasta, jelas teman Zubir itu tadi.
Jika apa diceritakan teman itu adalah benar, maka satu lagi kemungkaran daripada bintang AF berlaku. Zubir harap, insiden seperti ini tidak berlaku lagi. Sempena Ramadan ini sama-samalah kita bermuhasabah diri, belajar mengawal nafsu serakah!
Sebelum buat apa saja kerja, utamakan keselamatan diri.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
Re: Kes Pengguguran dan Pembuangan Bayi-Bayi dibuang dalam lubang tandas awam
No score for this post
December 26 2008, 9:41 PM
Bangaron.....c Marsha tu kan yg kna cakap gugur anak......tapi kna tanya dia x mngaku.....dia minta bukti.....
kalau btl dia yg buat, bikin malu org Sabah sja......
org yg buang anak ni mmg jahat......klu ya pun x mau kasi besar c baby, jgn la kasi mati....bgs dari awal lagi dia cari awal2 org yg xda anak kasi durg jaga.......org kawin ada smpai btahun xda anak lg berabis berubat supaya dapat anak....durg yg ada rezeki senang2 sja mau buang pula......
ketulahan baru padan muka......
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
macam2 kta dengar tentang buang bayi ni..
sudah lah time buat projek tidak ingat dosa
sudah pregnant tambah lgi dosa buang anak..
kasian tu baby,bukan anak anjing,sedang kan haiwan pun
tahu jaga anak,ni kan pula manusia yang sempurna ada akal fikiran.
pandai buat anak pandai lah jaga,bukan beranak buang dalam tandas...
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Re: Kes Pengguguran dan Pembuangan Bayi-Bayi dibuang dalam lubang tandas awam
No score for this post
February 11 2009, 10:58 PM
iya.....btl ckp ko Masx.......org yg lama suda kawin ada yg x dpt anak......klu x pun, hntr p sana pjbt kebajikan......x pun, awal2 lg p pjbt kbajikan kstau mslh....biar durg tlg cari ibu bapa angkat utk tu anak awl2......
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
GAKI (no login)
Re: Kes Pengguguran dan Pembuangan Bayi-Bayi dibuang dalam lubang tandas awam
No score for this post
February 13 2009, 2:13 PM
PANDAI BIKIN PANDAI JAGALAH,BODOH PUNYA ORG...TAU SIOK SAJA...INGAT BIKIN ANAK MAIN BUANG2 SAJA KAH...MACAM BUANG TAHI SAJA...ANJING PUN TIDA BEGITU OHHH....,SBLM BUAT PIKIRKAN DULU TANGGUNG JAWAB....KALAU DIRI SENDIRI PUN TIDA TERURUS JANGAN BERMIMPI LAH....
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
buduh kan teda sivik punya urang!
No score for this post
February 17 2009, 9:48 AM
buat sedap! sanang2 ja mau buat.sa harap2 la tu orang tu kena tangkap!
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
babelush... (no login)
bikin sakit hati...
No score for this post
February 18 2009, 12:29 PM
golongan tidak bertamadun seperti itu patut dibuang dari dunia kemanusiaan. orang lain yang ada hubungan atau ikatan perkahwinan yang sah kadang2 susah mo dpt anak. sudah cuba berkali2 tapi tidak menjadi. adayg sanggup berubat d luar negara semata-mata mo dapat anak. durang ni yang sihat walafiat pula senang2 ja mo buang rejeki tuhan. manusia ka durang tu? kusing sy pun meroyan juga kalau anak dia mati tau. jadi durang ni lebih rendah taraf dari binatang sbnrnya.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
btl itu babelush. ada org ckp kn klu ank luar nikah ni senang ja,mengandung pun senang kasi lahir pn senang kunu. yala, klu suda mengandung pun tapuk2 lps tu beranak pun dalam tandas la, bilik hotel la dalam hutn la tanpa ada bantuan medic team. sedgkn org yg kawin tu klu beranak macm mo tcabut nyawa suda sian btul. byk org yg sa knal yg suda kawin tapi tia dpt anak,jadi bila sa dangar pasl buang anak memg bule buat sa mngamuk oo..emo ni emo. klu kunu buat maksiat tu tanda cinta,tu baby yg jadi la tanda cinta tu.klu kna buang apala cinta klu begitu???budduh btul .
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Current Topic - Kes Pengguguran dan Pembuangan Bayi-Bayi dibuang dalam lubang tandas awam