http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com
 


  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  

APA PENDAPAT KAMURANG

January 10 2009 at 12:19 AM
No score for this post
Tuntul wogok  (no login)

 
SI AMPAL LUCU JUGA KAH...BAGI SAYA KAN,DIA LUCU N KELAKAR GILE LAH...SAKIT PERUT N MULUT DI BUAT NE....ORANG KITA.....

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.Respond to this message   
AuthorReply
Pelawat
(no login)

Re: APA PENDAPAT KAMURANG

No score for this post
January 10 2009, 4:20 PM 

'Anak dara' paling tua Britain
Susunan Nurul Adlina Kamaludin
bminggu@bharian.com.my

Clara Meadmore sememangnya seorang gadis yang cantik



Clara Meadmore dakwa perawan punca usia cecah 105 tahun

RAHSIA umur panjang sering dikaitkan dengan pemakanan yang baik, menjaga kesihatan badan serta faktor genetik. Namun seorang wanita Britain mendakwa rahsia usianya mampu mencecah 105 tahun disebabkan dirinya yang masih perawan!

Inilah kisah pelik tapi benar mengenai status diri Clara Meadmore yang diisytiharkan sebagai anak dara paling tua di Britain setakat ini. Malah, Meadmore yang berasal dari Truro, Cornwall dan baru menyambut hari jadinya yang ke 105 tahun Sabtu lalu, mendakwa tindakannya menjauhi hubungan seks sebagai punca utama usia lanjutnya.



Alasannya - jadual dirinya yang terlalu sibuk selain menganggap hubungan intim dan seterusnya berasmara sebagai sesuatu yang 'melecehkan.'

Lebih pelik, Meadmore yang pernah beberapa kali menolak lamaran, juga tidak pernah menyesal, sebaliknya berbangga menjadi perawan biarpun dirinya kini di ambang hari-hari terakhir kehidupannya.

"Ramai yang bertanya sebab. Tidak kurang menuduh saya tidak siuman atau sukakan teman sejantina. Tapi itu cuma tuduhan liar semata-mata. Hakikatnya, saya tidak pernah berminat atau mengagumi hubungan seks.


Clara masih mampu tersenyum ketika meniti usia 105 tahun, Sabtu lalu.



"Sudahlah tidak minat, untuk berkawan rapat atau berkasih dengan lelaki juga saya tidak pernah endah. Ini kerana saya menganggap hubungan intim itu melecehkan," kata Meadmore dalam laporan yang mendapat liputan meluas beberapa media tempatan dan antarabangsa, baru-baru ini.

Tanyalah apa saja dengan wanita yang masih kuat daya ingatannya biarpun sudah lanjut usia. Tragedi Titanic dan tercetusnya Perang Dunia Pertama adalah antara perkara yang masih melekat dalam pemikirannya.

Sudah pasti, persoalan khusus status diri yang sudah semestinya lebih diketahui.

"Saya seolah-olah tahu yang saya akan terus menjadi bujang ketika berusia 12 tahun lagi. Pada usia muda, cuma satu perkara yang saya fikirkan iaitu untuk mencari rezeki membantu keluarga.

"Pada tahun 1920-an dan 1930-an, sesiapa yang mahukan seks perlu berkahwin. Itu yang menjadi halangan kerana saya tidak berminat berkahwin ketika itu. Dan nampaknya, itulah nasib saya sehingga ke hari ini," katanya yang sebelum ini bekerja sebagai setiausaha untuk menampung kehidupannya.

"Tidak kurang pertanyaan serta suara sumbang yang menyoal, apakah saya tidak menyesal untuk tidak merasakan langsung kehidupan berdua, disayangi dan menyintai. Jawapannya, tidak. Saya bangga dan tidak menyesal kerana tidak merasai nikmati berkasih sayang mahu berkahwin kerana inilah jalan yang saya pilih.

Baginya, perhubungan mesra itu memerlukan masa dan tenaga - sesuatu yang tidak pernah diutamakan ketika masih bergelar gadis.

"Saya tidak pernah mempunyai teman lelaki kerana tidak menganggapnya satu keperluan utama. Bagi saya, sebagai remaja pada era 1920-an, persepsinya adalah kita hanya mengadakan hubungan seks dengan suami. Bagaimana saya mahu menikmatinya jika tidak pernah berteman lelaki atau pun berkahwin!"

Meadmore, dilahirkan di Glasgow pada 1903, kira-kira dua tahun selepas kematian Ratu Victoria, mengakui tindakannya menjauhi seks tidak bererti beliau tidak pernah didekati lelaki.

"Biarpun pada era lama, tetapi kami pada masa itu masih berpeluang berkawan dan bergaul dengan lelaki, cuma segala-galanya terbatas. Kawan pun sekadar kekal di tahap sahabat dan tidak pernah lebih daripada itu. Tetapi inilah kekurangan yang berlaku pada hari ini. Semuanya kelihatan sebegitu pantas. Saya tidak berapa mengenali anak muda zaman ini tetapi saya yakin pendirian mereka hari ini jauh berbeza dengan remaja pada era saya.

Keluarga Meadmore berhijrah ke Mesir, Kanada dan seterusnya New Zealand ketika beliau berusia tujuh tahun. Namun Meadmore, kembali semula ke Britain, seorang diri, pada usia 20-an.

Beliau terpaksa menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai setiausaha dan pembantu rumah. Ketika inilah, Meadmore menerima beberapa lamaran perkahwinan yang ditolaknya secara baik.

"Bagi saya, mungkin zaman saya membesar menyebabkan saya melihat kehidupan daripada perspektif berbeza. Ketika itu, rama gadis pingitan dan sukar dilihat sedangkan saya lebih berminat bekerja. Ini menyebabkan lelaki tidak sukakan wanita berani seperti saya. Masa berlalu dan saya terbukti sudah terlalu tua untuk berkahwin!" katanya berseloroh.

Apakah yang dilakukan bagi mengisi masa terluangnya? "Saya membaca, berkebun, beriadah, memasak dan mendengar radio."

Beliau tidak pernah menyesal tidak bersuami, beranak dan bercucu biarpun terpaksa menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Rumah Orang Tua Perran Bay, dengan status perawan paling tua di Britain setakat ini.


 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Pelawat
(no login)

Re: APA PENDAPAT KAMURANG

No score for this post
January 10 2009, 5:13 PM 

Revolusi baru awet muda
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

PERUBATAN aestetik alternatif baru untuk kelihatan cantik.



Suntikan Macrolane bolehkan anda miliki tubuh idaman dalam masa 30 hingga 40 minit

MEMULIH kontur payu dara dengan suntikan dalam masa 30 hingga 40 minit. Mungkin sukar dipercayai tapi revolusi terbaru perubatan aestetik memungkinkan anda memiliki bentuk dan saiz idaman dalam waktu 'makan tengah hari'.

Sama ada wanita atau lelaki, keinginan untuk kekal muda memang menebal dalam jiwa. Justeru, bagi memenuhi keinginan itu ramai yang sanggup menjalani pembedahan kosmetik.



Bagaimanapun kini ramai mula beralih kepada revolusi baru, cantik tanpa pembedahan. Misalnya mengikut statistik Singapura, pada tahun 2004, 11,855 wanita menjalani pembedahan kosmetik manakala 9,735 memilih untuk cantik tanpa pembedahan.

Laporan Tahunan yang dikeluarkan Persatuan Pembedahan Plastik Aestetik Amerika pada 2007 pula, menganggarkan 11.7 juta prosedur kosmetik dilakukan di Amerika pada nilai AS$13.2juta (RM43juta).

Populariti pembedahan plastik sejak 1997 meningkat 114 peratus. Antara prosedur popular tentu saja pembedahan membesarkan payu dara. Bagaimanapun sejak 1997 juga peningkatan prosedur kosmetik bukan pembedahan turut meningkat sebanyak 754 peratus.






Peningkatan ini membayangkan, jika kontur payu dara boleh dibentuk mengikut keinginan hanya dengan suntikan, pembedahan kosmetik tentu saja pilihan terakhir. Revolusi terbaru perubatan aestetik menyaksikan munculnya prosedur kosmetik yang sesuai untuk wanita selepas bersalin yang mengalami masalah kekenduran payu dara.

Selain itu bagi wanita yang memiliki saiz payu dara yang tidak sama besar, prosedur suntikan ini juga membantu. Tidak perlu disebut bagi mereka yang inginkan perubahan saiz dari mangkuk A kepada C, kerana tentu saja ia boleh dilakukan.

Pakar Bedah Craniofacial (tengkorak dan muka) dari Pusat Perubatan Aestetik dan Laser Woffles Wu, Singapura, Dr Woffles Wu berkata, prosedur ini tidak terhad kepada wanita, sebaliknya turut menjadi pilihan lelaki dan remaja seawal usia 18 tahun.

"Bagi lelaki, suntikan ini selalunya menjadi pilihan bagi membina otot di bahagian keting supaya tampil lebih maskulin selain membentuk kontur punggung," katanya.



Bagaimanapun, revolusi baru cantik tanpa pembedahan kosmetik ini hanya tertumpu di bahagian payu dara dan punggung bagi perempuan manakala keting dan punggung bagi lelaki.

Apa yang disuntik ?

Bukan silikon, bukan botox bukan juga kolagen. Sebaliknya, anda akan dibius setempat dan di hadapan cermin, anda boleh melihat sendiri jeli berwarna jernih seakan pengisi (filler) dinamakan Macrolane disuntik di ruang tisu di payu dara. Ketika ia disuntik, doktor akan memastikan semua jeli yang disuntik mencapai bentuk dan saiz yang diinginkan.

"Bergantung kepada apa yang anda mahu dan berapa besar saiz payu dara anda, misalnya jika seorang wanita lepas bersalin ingin mengembalikan ketegangan payu dara, dia mungkin memerlukan antara lima hingga enam suntikan," katanya.

Dr Wu berkata, untuk prosedur mengembalikan ketegangan payu dara, secara umum anda memerlukan 15 hingga 16 cc (0.015 hingga 0.016 liter) untuk mengubah saiz memerlukan antara 100 ke 150cc (0.1 hingga 0.15liter). Satu suntikan mengandungi 10cc (0.01 liter).

"Bezanya suntikan Macrolane dengan pembedahan kosmetik ia tidak menyakitkan dan tidak berparut kerana disuntik di ruang tisu. Malah, bentuk dan saiz boleh dikawal sepenuhnya oleh doktor dan anda sendiri," katanya.

Kata Dr Wu, dalam tempoh satu hingga dua minggu Macrolane akan bersatu dengan tisu badan kerana ia diperbuat daripada asid hyaluronic sama seperti asid hyluronic yang terhasil secara semula jadi dalam tubuh manusia yang bertindak membantu kulit mengekalkan kelembapannya.

"Kerana itu suntikan ini tidak kekal. Ia bertahan satu atau dua tahun bergantung pada individu. Jika selepas prosedur, saiz atau perubahan itu tidak disukai, Macrolane boleh dikeluarkan semula dengan antidot dalam masa 24 jam," katanya.

Apa itu Marcolane?

Marcolane adalah produk dari Sweden yang diperbuat daripada asid hyaluronic bahan sintetik yang kerap digunakan sebagai filler di muka. Asid hyaluronic sebelum ini juga digunakan sebagai bahan pelincir bagi masalah sendi. Setakat ini tiada bukti saintifik ia memberi kesan kepada tubuh.

Bahan ini berupaya disebatikan dengan tubuh dan akhirnya keluar sebagai kumuhan. Macrolane lebih menjadi pilihan kerana selain memilih sendiri bentuk diinginkan, prosedur ini tidak ada kesan parut atau masalah yang sering terjadi dalam pembedahan.

Bagaimanapun, Macrolane yang dibangunkan oleh Q-Med International Ltd, masih terlalu baru di pasaran Malaysia. Setakat ini jumlah doktor di Malaysia yang dilatih mengendalikan Macrolane sangat terhad. Perlu diingat prosedur ini hanya boleh dilakukan doktor.


 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Pelawat
(no login)

Re: APA PENDAPAT KAMURANG

No score for this post
January 16 2009, 11:22 PM 

Amalan songsang


SOALAN

SAYA baru berkahwin sebulan dan setiap kali melakukan hubungan, isteri selesa jika saya masukkan kemaluan ke dalam duburnya. Dia juga memasukkan zakar dan buah zakar ke mulutnya, kemudian diikuti dengan kemasukan ke dalam farajnya. Adakah ia boleh memudaratkan kesihatan kami atau merosakkan alat kelamin kami?


PENGANTIN BARU
Kuala Lumpur



JAWAPAN

Hubungan keintiman seksual mengeratkan silaturahim sesebuah pasangan dan amalan serta pendekatannya mengikut keselesaan dan keterbukaan mereka.

Jika pasangan itu menikmati keseronokan bersama, itu petanda mereka mencapai matlamat naluri seksual.

Untuk menikmati keseronokan keintiman seksual yang lebih, sebilangan pasangan mencuba pelbagai pendekatan dan cara luar biasa dengan hasrat menikmati keseronokan luar biasa.

Mereka melakukan liwat dan seks oral luar biasa seperti pasangan wanita mengulum zakar dan buah zakar.

Mengikat dan menambat pasangan dan kadangkala memukul secara terkawal selain mencaci dan maki yang kononnya dapat meningkatkan lagi perasaan keintiman juga antara pendekatan luar biasa.

Ada juga yang membawa orang ketiga (kawan atau kekasih) ketika melakukan hubungan intim suami isteri.

Semua ini kononnya dapat menambah lagi keintiman seksual mereka. Itupun mereka tidak merasa puas lalu meningkatkan lagi amalan songsang dan tidak hairan jika mereka cuba pendekatan cekik mencekik!

Ada juga yang mempunyai `guru yang mengajar pelbagai pendekatan dan amalan seks luar biasa yang bercampur aduk dengan ilmu hitam seperti amalan minum air mani bercampur dengan air mazi perempuan.

Begitu juga melakukan `amalan nikah batin, kononnya melakukan hubungan kelamin yang berterusan sepanjang malam dengan alat kelamin kekal bersatu, dan macam-macam lagi.

Hubungan kelamin untuk kebaikan bersama antara suami dan isteri atau pasangan yang sah. Ia bukan saluran untuk keajaiban atau misteri kerana tiada apa-apa yang ajaib.

Sebagai manusia yang agung dan mempunyai darjat tinggi daripada segala makhluk Tuhan, melakukan hubungan seksual ala binatang atau haiwan atau jembalang bukan cara sempurna.

Hubungan keintiman harus beradab dan berdisiplin, dengan kedua-dua pihak melakukannya dengan kerelaan dan bukan atas desakan atau penipuan (kononnya posisi tertentu memberi nikmat tertentu atau hikmat tertentu).

Elok anda elak melakukan hubungan seks songsang sebelum ia memudaratkan kesihatan anda berdua. Hubungan keintiman seksual antara pasangan bernikah ialah satu ibadah. Kembalilah ke pangkal jalan

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Pelawat
(no login)

Re: APA PENDAPAT KAMURANG

No score for this post
January 16 2009, 11:29 PM 

Hubungan intim ketika hamil


APA kesan melakukan hubungan kelamin dengan isteri yang hamil? Apakah risikonya pada kandungan dan kesihatan ibu mengandung? Adakah suami perlu berpuasa sehingga selepas tempoh pantang bersalin?

Itu persoalan yang sering ditimbulkan oleh suami yang berdepan kehamilan pertama isteri. Saya pasti kehamilan isteri sesuatu yang anda nanti-nantikan, lebih-lebih lagi jika ia dirancang. Tidak hairan jika anda bertanya pelbagai soalan seks ketika isteri hamil.


Anda perlu tahu, tiada sebab kenapa tidak boleh berintiman jika kehamilan berjalan lancar dari awal atau bagi kes isteri ada tanda awal hendak gugur, kesihatannya kembali normal.

Tiada sebab kenapa hubungan intim tidak boleh diteruskan ketika isteri hamil memandangkan kehamilan itu semula jadi dan bukan masalah atau dinasihatkan doktor supaya berjaga-jaga dan tidak melakukan aktiviti fizikal.

Ada pasangan sengaja tidak melakukan hubungan kelamin kerana takut kononnya gerakan anggota sulit suami dalam faraj boleh mengganggu janin.

Sebenarnya kedudukan janin dalam rahim dan posisi rahim tidak sehala dengan faraj. Jadi kemungkinan ereksi suami mengganggu rahim tidak timbul.

Hanya ada kemungkinan cengkaman boleh berlaku kepada rahim ketika isteri klimaks, dan inipun pada awal kehamilan. Jika isteri tidak klimaks, keadaan ini tidak berlaku.

Jarang berlaku pendarahan pada peringkat awal hamil. Jika ada tanda tompok coklat keluar selepas beberapa hari lewat haid dan kebetulan wanita itu hamil, tanda itu dikenali sebagai pelekatan janin.

Jika pendarahan ringan berlaku pada bila-bila masa dalam awal tiga bulan hamil, wanita itu perlu segera berjumpa doktor dan mengelak daripada bersetubuh.

Jika kehamilan masih aktif, doktor akan beri ubat sewajarnya untuk mengukuhkan kedudukan janin dan jika kehamilan berjalan lancar, hubungan kelamin boleh dilakukan tanpa was-was.

Jarang pendarahan berlaku kembali selepas kehamilan masuk bulan keempat. Jika berlaku, hubungan kelamin perlu dihentikan sehingga kedudukan kehamilan menjadi stabil dan tiada kesan pendarahan. Selepas dua atau tiga minggu, baru hubungan intim boleh dilakukan dengan izin doktor.

Hubungan seksual penetratif boleh dilakukan jika pasangan ingin melakukannya. Posisi ikut keselesaan isteri dan penetrasi boleh dilakukan tanpa menggunakan kekerasan. Posisi sesuai ialah isteri mengiring dan suami mengiring di belakangnya serta memasukkan ereksi dari belakang.

Melalui cara ini kemasukan ereksi suami hanya sedikit dan di antara bibir besar dan kecil. Sentuhan didapati mencukupi untuk suami mencapai klimaks. Selain posisi ini, ada beberapa posisi yang sesuai dan ini juga mengikut keselesaan isteri.

Tiada sebab kenapa persetubuhan perlu dihentikan beberapa minggu sebelum isteri bersalin. Ada keadaan yang mana proses kelahiran boleh tercetus ketika suami dan isteri rancak melakukan persetubuhan. Ini jarang berlaku dan bukan satu risiko.

Jika isteri terasa hendak melahirkan bayi dengan tanda pengeluaran lendir dan darah (pengeluaran petanda awal proses kelahiran), dia perlu dikejarkan ke hospital. Ada kalanya kelahiran tidak berlaku dan isteri perlu balik rumah kerana belum cukup waktu lagi.

Apabila sampai ke peringkat menunggu kelahiran bayi, mungkin pasangan tidak lagi terasa hendak bersetubuh, malah tidak mahu tunggu lagi untuk menimang cahaya mata, dan mungkin ketika itu hubungan intim lebih seronok tanpa penetratif.

Jika hubungan penetratif tidak dapat dilakukan kerana isteri tidak selesa, ada cara alternatif seperti sentuhan ereksi suami antara payu dara isteri atau melalui urutan erotik yang dilakukan isteri atau melalui seks oral.

Jarang cengkaman rahim berlaku akibat tertelan air mani suami (ini kerana ada prostaglandin, hormon yang boleh mencetuskan cengkaman otot rahim dalam air mani) dan jika ini berlaku, elok elak tertelan air mani suami.

Jika kedua-dua pasangan memutuskan untuk tidak melakukan hubungan seks penetratif, itu tidak mengapa, yang mustahak mereka mesra dan ceria selalu kerana ini akan memantapkan hubungan silaturahim antara bakal ayah dan ibu.


 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Pelawat
(no login)

Re: APA PENDAPAT KAMURANG

No score for this post
January 16 2009, 11:29 PM 

Isteri anggap hubungan seks selang sehari keterlaluan


SAYA berusia 36 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata. Saya dan suami sebaya, hidup kami bahagia.

Masalahnya, suami menginginkan hubungan seks selang sehari. Mulanya saya tidak kisah dengan permintaannya tetapi sejak akhir-akhir ini permintaannya saya anggap keterlaluan. Dia tidak mahu dengar alasan saya kepenatan.


Adakah hubungan seks yang dilakukan kerap kali akan menyebabkan penyakit? Untuk pengetahuan doktor, saya selalu rasa sakit pada bibir faraj setiap kali selepas bersama suami.



KIRANA,
Segambut, Kuala Lumpur.




KEPERLUAN untuk kepuasan hubungan seks berbeza-beza di antara manusia. Lelaki juga mempunyai kepuasan hubungan seks yang berbeza dengan wanita.

Kekurangan nafsu menjadikan anda tidak menikmati hubungan seks, tambahan pula cecair pelincir daripada kelenjar Bartholin pada dinding faraj juga tidak membasahi faraj dan menyebabkan kesakitan.

Hubungan seks secara monogami (satu pasangan saja) lazimnya tidak menyebabkan penyakit jangkitan. Ada istilah penyakit jangkitan kelamin untuk keadaan ini yang lebih berlaku dalam keadaan hubungan poligami (berbilang pasangan).

Namun, hubungan seks yang kerap boleh mendedahkan wanita kepada jangkitan kuman ke dalam pundi kencing memandangkan geseran zakar pada bukaan saluran uretra kencing mengundang kemasukan kuman melalui uretra terbabit.

Ini ditambah dengan fakta saluran uretra wanita lebih pendek, bermakna lebih dekat dan mudah untuk kuman dari luar memasuki pundi kencing. Ada istilah honeymoon cystitis untuk keadaan jangkitan pundi kencing bagi wanita yang kerap menjalani hubungan seks (yang juga lebih berlaku sewaktu berbulan madu).

Penjagaan kebersihan diri dapat membantu mengurangkan risiko ini. Berbincanglah dengan suami mengenai masalah ini.


 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Pelawat
(no login)

Re: APA PENDAPAT KAMURANG

No score for this post
January 16 2009, 11:32 PM 

Keluar cecair seperti susu


SAYA baru berusia 21 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ni saya mengurut payudara seperti biasa untuk memastikan jika terdapat sebarang benjolan.

Ketika saya memicit puting untuk membersihkan payudara, tiba-tiba keluar setitik cecair namun saya tidak pasti mengenai cecair berkenaan. Cuma setiap kali dipicit, cecair itu keluar. Apakah ia susu ibu? Adakah ia berkaitan dengan masalah hormon?




MIMI,
Johor




SEELOKNYA anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian. Ciri cecair seperti warna, sama ada bercampur darah atau nanah dan seumpamanya dapat membantu mengesahkan keadaan sebenar.

Di samping itu, pemeriksaan fizikal ke atas payudara anda juga dapat membantu mengesan kehadiran ketulan atau benjolan. Ujian ultrabunyi payudara juga boleh membantu.

Jika ia susu badan, ujian darah mungkin dilakukan untuk mengesan paras hormon berkaitan seperti hormon prolaktin. Ujian susulan lazimnya bergantung kepada paras hormon ini dan jika terdapat simptom tambahan seperti pening, penglihatan bertindih dan seumpamanya.

Masalah hormon juga boleh menyebabkan masalah lain seperti gangguan haid. Jika parasnya normal, doktor mungkin menasihatkan anda untuk tidak merangsang payudara dan puting.

Rangsangan manual ke atas payudara dan puting juga boleh menyebabkan pengeluaran susu badan seperti yang dilakukan wanita yang ingin menyusu badan.


 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Pelawat
(no login)

Re: APA PENDAPAT KAMURANG

No score for this post
January 16 2009, 11:45 PM 

Air mani pancut di pintu faraj potensi hamil


SAYA wanita berusia 24 tahun. Adakah wanita berkemungkinan hamil jika hubungan seksual itu hanya membabitkan geselan kepala zakar pada dinding luar faraj tanpa air mani?

Sekiranya ada air mani keluar tetapi tidak dipancutkan ke dalam faraj, adakah ia memungkinkan wanita itu hamil? Jika saya tidak datang haid untuk pertama kali selepas sebulan, mungkinkah saya hamil?




LYNN,
Petaling Jaya, Selangor




CECAIR yang keluar sewaktu keghairahan hubungan seks boleh mengandungi sejumlah sperma. Kemungkinan hamil ada, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan haid.

Ujian air kencing dapat mengesahkan anda hamil atau tidak. Air mani yang dipancutkan berhampiran pintu faraj berpotensi menyebabkan kehamilan.


 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Pelawat
(no login)

Re: APA PENDAPAT KAMURANG

No score for this post
January 16 2009, 11:50 PM 

Malu payudara tak sama besar


SAYA berumur 23 tahun dengan ketinggian 159 sentimeter dan berat 46.5 kilogram. Saya masih belajar di institusi pengajian tinggi.

Saya pernah mendengar masalah mengenai payudara tidak sama besar yang dianggap biasa tetapi masalah saya agak ketara kerana ia umpama perbandingan antara buah epal dengan buah rambutan iaitu payudara kiri lebih besar daripada payudara kanan.


Saya terpaksa meletakkan tisu supaya ia nampak sama besar tetapi tentunya ia tidak kelihatan seperti bentuk semula jadi.

Ini menyebabkan saya terlalu rasa rendah diri lantas mengambil keputusan untuk tidak mahu berkahwin. Adakah ini kanser? Jika saya ingin mendapatkan rawatan, berapakah anggaran kos rawatan memandangkan saya masih belajar.



AKU MALU,
Kedah.




PERBEZAAN saiz payudara yang ketara lebih lazim berlaku di kalangan ibu yang menyusukan badan yang cenderung menyusu dari sebelah payudara saja.

Ini kerana bayi mungkin lebih 'menyukai' sebelah payudara saja. Akibatnya payudara yang menyusukan bayi itu lebih besar berbanding payudara yang tidak digunakan untuk susuan.

Dalam keadaan ini, ibu terbabit digalakkan memulakan penyusuan daripada payudara yang kecil sehingga bayi menolaknya kemudian barulah disambung penyusuan daripada payudara yang besar.

Amalan ini digalakkan berdasarkan teori merangsang payudara. Anda mungkin boleh mencuba teknik rangsang manual (menggunakan tangan anda) ini ke atas payudara yang kecil.

Kaitan dengan kanser kecil ada kemungkinannya lebih-lebih lagi jika anda sememangnya mengalami masalah ini sejak awal kedatangan haid dulu.

Bagaimanapun, pemeriksaan fizikal dan imbasan ultrabunyi ke atas payudara dapat membantu mengetepikan kemungkinan barah dan menghentikan kerisauan anda.

Pembedahan untuk membesarkan payudara lazimnya dilakukan pakar bedah plastik, kosnya berbeza-beza mengikut keperluan namun secara amnya mencecah ribuan ringgit.

Pengambilan ubat-ubatan pula lazimnya memberi kesan sistemik ke atas kedua-dua belah payudara, ia juga mempunyai kesan sampingan tersendiri. Untuk permulaan, anda boleh berjumpa dengan pakar bedah am untuk mendapatkan nasihat lanjut.


 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Pelawat
(no login)

Re: APA PENDAPAT KAMURANG

No score for this post
January 16 2009, 11:50 PM 

Malu payudara tak sama besar


SAYA berumur 23 tahun dengan ketinggian 159 sentimeter dan berat 46.5 kilogram. Saya masih belajar di institusi pengajian tinggi.

Saya pernah mendengar masalah mengenai payudara tidak sama besar yang dianggap biasa tetapi masalah saya agak ketara kerana ia umpama perbandingan antara buah epal dengan buah rambutan iaitu payudara kiri lebih besar daripada payudara kanan.


Saya terpaksa meletakkan tisu supaya ia nampak sama besar tetapi tentunya ia tidak kelihatan seperti bentuk semula jadi.

Ini menyebabkan saya terlalu rasa rendah diri lantas mengambil keputusan untuk tidak mahu berkahwin. Adakah ini kanser? Jika saya ingin mendapatkan rawatan, berapakah anggaran kos rawatan memandangkan saya masih belajar.



AKU MALU,
Kedah.




PERBEZAAN saiz payudara yang ketara lebih lazim berlaku di kalangan ibu yang menyusukan badan yang cenderung menyusu dari sebelah payudara saja.

Ini kerana bayi mungkin lebih 'menyukai' sebelah payudara saja. Akibatnya payudara yang menyusukan bayi itu lebih besar berbanding payudara yang tidak digunakan untuk susuan.

Dalam keadaan ini, ibu terbabit digalakkan memulakan penyusuan daripada payudara yang kecil sehingga bayi menolaknya kemudian barulah disambung penyusuan daripada payudara yang besar.

Amalan ini digalakkan berdasarkan teori merangsang payudara. Anda mungkin boleh mencuba teknik rangsang manual (menggunakan tangan anda) ini ke atas payudara yang kecil.

Kaitan dengan kanser kecil ada kemungkinannya lebih-lebih lagi jika anda sememangnya mengalami masalah ini sejak awal kedatangan haid dulu.

Bagaimanapun, pemeriksaan fizikal dan imbasan ultrabunyi ke atas payudara dapat membantu mengetepikan kemungkinan barah dan menghentikan kerisauan anda.

Pembedahan untuk membesarkan payudara lazimnya dilakukan pakar bedah plastik, kosnya berbeza-beza mengikut keperluan namun secara amnya mencecah ribuan ringgit.

Pengambilan ubat-ubatan pula lazimnya memberi kesan sistemik ke atas kedua-dua belah payudara, ia juga mempunyai kesan sampingan tersendiri. Untuk permulaan, anda boleh berjumpa dengan pakar bedah am untuk mendapatkan nasihat lanjut.


 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Pelawat
(no login)

Re: APA PENDAPAT KAMURANG

No score for this post
January 16 2009, 11:53 PM 

Kesan bengkung payudara


SAYA seorang pengkid yang berusia 29 tahun, tetapi saya tidak membengkung payudara saya.

Apakah kesan sampingan jika saya memakai bengkung untuk menyembunyikan payudara saya?


Adakah benar ia boleh menyebabkan barah payudara?

Buat masa ini, ada satu benjolan menyerupai bisul di bahagian bawah ketiak saya. Adakah ia tanda barah payudara?



Zai,
Tampoi, Johor Bahru




ANDA dinasihatkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan payudara terlebih dulu.

Organ payudara meliputi kawasan hadapan dada sehinggalah ke kawasan pangkal ketiak.

Barah payudara adalah barah pembunuh paling utama di kalangan wanita di Malaysia dan di negara lain. Belum ada kajian dilakukan ke atas wanita yang memakai bengkung payudara terhadap risiko barah payudara.


 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Current Topic - APA PENDAPAT KAMURANG  Respond to this message   
  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  
Find more forums on EntertainmentCreate your own forum at Network54
 Copyright © 1999-2009 Network54. All rights reserved.   Terms of Use   Privacy Statement  
http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com