http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com
 


  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  

Petikan Akhbar Tentang Apa Saja Yg Berlaku

January 18 2009 at 10:50 AM
No score for this post
Anne  (no login)

 
Sa terfikir rasaya bagus juga sa buat ini ini topik untuk tempat kita paste petikan-petikan akhbar yang kita jumpa dimana2 sumber untuk perkongsian kiita bersama.

Thanks.




 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.Respond to this message   
AuthorReply
sinta_laid
(no login)

mana kamurang....

No score for this post
January 19 2009, 3:40 PM 

Em tulah mslh org kita ni klu topik masam ni teda yg mo ambil peduli ni...dorang suka pula topik yg 18sx, politik, moginum apa apa ja la...padahal klu mo ikut tingu la skg macam2 hal yang tesiar di surat kabar ba kan...

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Pelawat
(no login)

Apa kamurang punya pendapat

No score for this post
January 19 2009, 10:31 PM 

Kongres Permuafakatan Melayu Diharap Desak Kerajaan Mansuhkan PPSMI




JOHOR BAHARU, 3 Mei (Bernama) -- Kongres Permuafakatan Melayu diharap dapat mendesak kerajaan supaya mengembalikan pembelajaran Sains dan Matematik yang kini dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

Setiausaha Agung Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Ishak Ismail berkata Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu adalah dasar yang salah serta gagal membentuk pelajar menguasai Bahasa Inggeris sekaligus terhadap penguasaan subjek Sains dan Matematik.

"Difahamkan, dari beberapa kajian yang dijalankan, program PPSMI ini gagal meningkatkan penguasaan ketiga-tiga subjek itu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik," katanya pada sesi perbahasan di Kongres Permuafakatan Melayu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) di sini Sabtu.

Ishak berkata PPSMI tidak terlalu memberi impak dalam penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid sekolah dan terdapat beberapa kaedah lain bagi membolehkan murid menguasai Bahasa Inggeris seperti mengadakan kelas tambahan bahasa tersebut.

Sementara itu, Bekas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Datuk Dr Mohd Mansor Abdullah yang turut mendesak pemansuhan PPSMI juga berkata pembelajaran dalam Bahasa Melayu bukan sekadar mudah difahami para pelajar bahkan selaras dengan usaha mempertahankan kedaulatan Bahasa Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia berkata kerajaan juga perlu mengembalikan semula penggunaan terma "Bahasa Melayu" sebagai bahasa rasmi negara dari penggunaan terma "Bahasa Malaysia" ketika ini bagi menjamin kedaulatan bangsa Melayu.

"Di bawah Perkara 152 Akta Bahasa Kebangsaan, orang Melayu adalah orang yang beragama Islam dan mengamalkan budaya Melayu. Jadi sekiranya kita mahu Bahasa Melayu terus kekal dalam perlembagaan, maka kerajaan perlu mengembalikan terma 'Bahasa Melayu' itu daripada 'Bahasa Malaysia' ketika ini," katanya.

-- BERNAMA




 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Current Topic - Petikan Akhbar Tentang Apa Saja Yg Berlaku  Respond to this message   
  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  
Find more forums on EntertainmentCreate your own forum at Network54
 Copyright © 1999-2009 Network54. All rights reserved.   Terms of Use   Privacy Statement  
http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com