http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com
 


  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  

minuman keras punca pergaduhan??apa pndapat kawan2.

May 31 2009 at 3:32 AM
No score for this post
  (no login)

 

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.Respond to this message   
AuthorReply
Ocoi
(no login)

Re:Minuman Keras Punca Pergaduhan?

No score for this post
May 31 2009, 11:36 AM 

Demi terbaca sahaja topik ini coi automaticlly terfikirkan dua simbol iaitu + dan - .

Apapun bagi coilah semua ini terpulang kepada si peminum itu sendiri. Ia berkait secara langsung dengan attitude seseorng itu. Jika dia memang suka gaduh atau panas baran punya orang pastilah akan mengundang iklim yang tak berapa baik apa bila ia menghirup air alkohol. Apatah lagi jika ia jenis hidung tinggi tidak mahu kalah dalam apa2 juga topik perbualan.

Sebenarnya manusia yang minum minuman keras ini mempunyai pelbagai kategori tetapi dalam banyak2 tu coi hanya mengkategorinya kepada 2 golongan sahaja. Pertama mereka yang minum kerana dikuasai minuman keras itu, dan kedua mereka yang minum kerana menguasai minuman keras tersebut.
Golongan pertama, akan minum sepuas2nya sehingga tak sedarkan diri. Manakala golongan kedua adalah mereka yang minum sekadar suka2 dan bila berasa mabuk mereka akan berhenti minum.Dan tak dinafikan terdapat juga mereka yang minum sebanyak manapun akan tetap steady aja. Yang ni mugkin boleh digolongkan dalam golongan ketiga.

Justeru itu, secara holistiknya, Ocoi dengan jujur menyatakan pendapat bahawa minuman keras pada dasarnya bukan punca pergaduhan dan membangkang sebangkang-bangkangnya kenyataan yang mengatakan minuman keras punca pergaduhan. Malah, Ocoi dengan penuh optimis menterbalikkan kenyataan tersebut kepada " Minuman Keras Memupuk Persahabatan". Ini bukan kerana Ocoi seorang peminum atau kaki botol, jauh sekali. Minum minuman keras bagi ocoi sekadar mengikut keperluan. Tetapi berdasarkan tinjauan dan statistik yang ada, ocoi tak berani menyokong topik ini. Malah, dalam tinjauan lepas yang ocoi sendiri buat, dalam 100 pesta atau pertemuan yang melibatkan adanya minuman keras dihidangkan masih 0% yang melibatkan pergaduhan. Dalam 100 undangan khas untuk minum minuman keras yang ocoi ketahui. Statistik yang menunjukkan berlakunya pergaduhan hanya 0.1%. Angka ini amat lemah untuk kita ambil sebagai data yg boleh menyokong kepada topik ini.

Oleh hal demikian, sekali lagi ocoi percaya sungguh bahawa minuman keras bukanlah punca pergaduhan. Memanglah Ocoi tidak menolak hakikat statistik yang ada bahawa terdapat insiden2 pergaduhan yang berlaku mendapati mereka yang bergaduh sama ada sebelah pihak saja mahupun kedua-duanya dibawah pangaruh alkohol tetapi ia tidak cukup kuat untuk mengiakan topik ini. Ini kerana bagi Ocoi ia juga melibatkan sikap seseorang itu mahupun pertelingkahan yang sedia wujud antara kedua pihak dimana ia melibatkan perasaan dendam yang hanya meledak menjadi terlalu aktif dengan kehadiran air alkohol dalam darah yang telah sedia menggelodak.

Heheeee... jangan serius sangat, ini sekadar pendapat peribadi yang ikhlas dari minda cetek Ocoi. Coi pasti di luar sana masih banyak pendapat yang lebih hidup dan bernas.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.

(no login)

yaka

No score for this post
June 1 2009, 11:19 AM 

pengalaman sa la bab minum ni time ada armaiti.bole nampak itu ba karekter sebenar urg yg pendiam dan pemalu ni hehehe.suda 1 jam minum ko tengokla durang ni kadang2 cakap2 pun sampai mau betumbuk.jgn ambik hati haa.ada satu kes ni satu sigu sekolah menengah kana papah balik sama dia punya wife sebab suda ckp merapu speking english sama urg kampung.bini dia ckp "bikin malu jak bah ko ni,balikla!"bini dia bilang..

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Toronong
(no login)

Minuman keras punca pergaduhan

No score for this post
June 2 2009, 6:49 AM 

saya sangat bersetuju dgn pendapat ocoi di atas. Apapun minum minuman keras adalah amat dlarang oleh agama..tepuk dada tanya selera, minum seadanya jangan dikuasai alkohol tapi kita perlula menguasainya...

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Mr.Cool
(no login)

Pergaduhan???

No score for this post
June 3 2009, 7:29 AM 

Koh! ada c gurunya gitu??? Looo.. gurunya gitu perlu pengajian lagi dalam etika peminuman alkhol agaknya.. atau ilmu pengajiannya belum tamat ya? Lantas dia tak pandai minum?

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.

(no login)

ya ka

No score for this post
June 5 2009, 12:26 PM 

persoallannya bukan la dihiglight pada guru jak ,ging.manusia biasa jugak durang ni.cuma sy pernah debritau oleh kawan bangsa eropah sy bahawa minum arak secara berlebihan ni boleh menyerlahkan "the inner side of you".contohnya kalau 2 orang ni gi moginum tapi urg A ada menyimpan ketidakpuashati dengan urg B,mungkin masalah hutang ka,menipu ka,maka bila si A ni suda ovedose moginum,maka dia akan meluahkan segala yang tersimpan di hati kepada si B ni.ni yg bahaya ni.hehehe

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Ocoi
(no login)

Yakaaa..

No score for this post
June 7 2009, 12:12 PM 

Ya betul persoalan ini bukan kita khususkan kepada insan guru aja, tetapi kepada semua manusia yang ingin dan pernah meneguk air alkohol itu.Tapi ada baiknya juga ba tu ging, kerana mungkin dia tidak ada cara lain untuk meluahkan isi hatinya. Bahaya juga tu kalau main simpan2 nanti meletup lagi bahaya. Apapun terpulanglah ba kepada seseorang itu kerana semua perkara dalam dunia ini ada sahaja baik buruknya. Terpulanglah kebijaksanaan seseorang individu itu untuk menilainya.

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Hacks
(no login)

ermm....

No score for this post
June 10 2009, 3:48 PM 

Alkohol....tapai, carslberg, tiger, vodka, chivas dll......sememangnya alkohol mendatangkan banyak bahana dan juga sedikit keseronokan sementara kepada kita...ceh..wahhh macam ahli fal'sampah becakap.......tiba2 dalam kotak fikiran saya ingin berkongsi dan merenung kesan baik dan buruk pengambilannya...

Sebenarnya bagi saya sesi moginum lebih banyak mendatangkan kebaikan sekiranya kita minum dengan perasaan dan emosi yg terkawal....disini saya bukan menyalahkan sesiapa dan ini cumalah pandangan saya baru setahun jagung dalam sesi2 peginuman haha(ya kaitu)....


Berikut kesan baik dan buruk sesi2 poginuman:


1) Merapatkan hubungan dikalangan peginum2 kerana semasa pening2 kita secara automatiknya akan berinteraksi dengan sesiapa sahaja walaupun kita tidak kenal. tetapi awas keadaan atau suasana akan berubah panas sekiranya ada dikalangan ahli yang tidak mampu mengawal emosi dan ada kalanya seseorg itu kan menjadi KUAT semasa mabuk. Orang yg pandai jadi kuat dengan tiba2 ni la yang selalunya mengeruhkan sesuatu sesi yang baik ini haha.

2) Menghormati atau meraihkan seseorg...ahh ni nilai moral yg ada dalam sesi moginum...kita meraikan dan menghormati seseorg dengan bagi dia minum kan..dia kahwin cheers sama dia, dia ari jadi kita hormat dia dengan secawan nescafe ehh bukan secawan alkohol.....2la kamurang ingat saja2 minum ada juga nilai murni yg diterapkan secara tidak langsung kan.. tapi kita juga perlu hormat dan memahami perasaan org len..maksud saya jan paksa org minum..klau dia nda mo minum kita TRY 2,3,4 kali bawa dia minum klau dia tetap dengan keputusan nda mo minum apa buli buat mgkin dia ada masalah atau suda mabuk...klau kamu paksa nti dia muntah kamu juga yg susa kan...napa kita mo TRY bawa dia minum 2,3,4,5 kali...manatau dia malu2 atau dia pura2 kan haha...tp klau suda 4 kali try jan lagi la try nti dia mgamuk...

3) Menjadikan diri kita berani..ah ni lg 1 yg agak lucu...klau nda mabuk pendiam tp bila mabuk jadi pak lawak, pak bising, pak tahu segala2nya (tau la klau mabuk semua pun dia tau), pak control mic dan banyak keberanian yang terserlah...tp ada 1 keberanian yang tidak sepatutnya kita tunjukkan iaitu PAK KUAT selepas minum ini la sangat2 perlu dielakkan kerana suasana yg ceria,lawak,gembira akan bertukar menjadi panas sa suram..



4) Bakat yang jarang2 terkeluar sebelum pening2..naaa kaw.. selalu bila kita suru nyanyi malu² lg kunu. tpi bila suda kena cas..marak truss tu bakat kn..pa lagi... tinggi tu angkatan suara.. wkakkakaka.. terus kuarr suma tu tarian..paling best..otomatik pndai ingerriss kunu..


5) Kebaikan sesi ini merapatkan hubungan dan b'tukar
fikiran tanpa mengira umur..kalu suda buka crta.. nak ko..tkurik kunu tu rahisa.. ko saudara sa..saudara ko plak kn..wkakaka...



***segala yg ditulis tidak tidak ditujukan kepasa sesiapa..ini hanyalah coretan seorg hamba yang keboringan....saya meminta maaf sekiranya apa yg tertulis menguris dan menyentuh hati sesiapa sahaja..niat saya hanyalah mengingatkan diri saya sendiri dan kepada mereka2 yang dapat menerimanya sahaja...sememangnya sesi moginum akan meriah dan seronok jika dilaksanakan dengan perasaan dan emosi yg terkawal....
***segala komen dan kritikan akan saya terima kerana setiap komen dan kritikan itu akan menjadikan kita lebih matang ....

MINUM MILO ANDA UNTUK SIHAT & KUAT erm.. MINUM ARAK ANDA UTK KESERONOKAN DAN KEBAIKAN BERSAMA...



I'm just a simple person, but sometimes i can be emotional, bitchy, naive, slutty, innocent, vengeful, harsh, drama queen, giving, loving, crazy, relentless, creative, stupid and of course depressive. But one thing that i cannot be, is trying to be someone else..LOVE me For What And Who Really i am..datz da WORD..I am that I am For What I am to be what I am.. peaCee happy.gif

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
mar-c
(no login)

haiiiiii

No score for this post
June 15 2009, 1:41 AM 

hai hacks...nama gula2 ka apa ni hehe jan mara aaaaa..dun be senstve bah:)

nampaknya u ni charming guy lah..kata2mu memikat hati lah hahahahhahahah blh ko intro urself ka:)....bersikap humble tu yg mahal tu hehehehe

 
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Current Topic - minuman keras punca pergaduhan??apa pndapat kawan2.  Respond to this message   
  << Previous Topic | Next Topic >>BALIK KE INDEX  
Find more forums on EntertainmentCreate your own forum at Network54
 Copyright © 1999-2009 Network54. All rights reserved.   Terms of Use   Privacy Statement  
http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com