Bukan berniat untuk membangkitkan amarah sesiapa..bukan menuding jari ke arah mana-mana, cuma sekadar ingin berkongksi maklumat, pendapat dan buah minda dari seluruh lapisan insan di bumi Sabah. Apakah keistimewaan menjadi peribumi di Sabah? Apa beza peribumi dengan warganegara yang semakin melimpah2 di negeri ini? Anda yang berjiwa besar, anda-anda yang menyedari untung nasib peribumi Sabah, sila beri buah minda secara jujur ikhlas. Semoga dari pendapat anda semua, membuahkan sesuatu keberhasilan yang amat baik kepada insan peribumi di negeri ini.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Nahhh ..ni topik yang sangat bagus , mari kita kasi ramai , satu perkara yang terlalu luas dan dalam untuk dihurai , sa mulakan dulu la ..
kononnya , ikut kata orang dulu2 ...kita peribumi sabah ni punya banyak keistimewaan , punya hak yang banyak dan besar , power yang kuat , kita berhak dalam banyak perkara , ..
dorang bilang , kita adalah Tuan di bumi sabah , kita yang mencorakkan warna sabah samada jadi kelabu , hitam atau tiada warna langsung ..dorang bilang kita bebas di bumi sabah ini , kita raja kita kuli kita yang menentukan ..dorang bilang kita ada keutamaan dalam apa hal sekalipun , maklumlah kita kan penduduk asal sabah ..
kalau ikut cerita , sa patut bangga dan megah dengan status itu , saya bangga ha ha ha ...
hari berlalu , masa beredar ..berarak mendung kelabu menutupi langkahku , sepanjang perjalanan penuh dugaan , nah ..kini NOSTALGIA bertukar menjadi NOSTALGILA , semalam yang indah kini menjadi igauan ngeri , bayang2 indah itu kini menjadi bayang2 hantu yang bersedia mencekik menunggu kealpaan ..
ketidakpastian , kecelaruan , kebimbangan , kekecewaan , kemarahan ...itu situasi yang kita rasakan masa kini , segalanya berlaku terlalu pantas , adakah kita yang lalai atau mereka yang terlalu bijak mengambil kesempatan atas kelalaian kita ..kita masih terbuai dengan kenangan dan cerita indah dahulu , kita masih berasa Tuan sedangkan realiti adalah sebaliknya , tangan kita masih memeluk tubuh sedangkan bibir kita asyik menyalahkan dorang , bersambunggg .....
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Ocoi (no login)
Keistimewaan Yang Sirna
Score 5.0 (1 person)
August 4 2009, 10:47 AM
Waaa.. hebat topik kamu ini saudaraku Dusunic.Coi setuju sangat dengan kamu bagaton.
Betul pernah suatu ketika peribumi Sabah begitu anggun,hebat miliki segalanya. Hutan rimba ceruk manapun di negeri ini adalah milik mereka. Bebas berburu, segala isi rimba adalah milik mereka, semua isi perut sungai dan tasik milik mereka, tak ada halangan dan gangguan siappun. Bercucuk tanam di lereng bukit, ceruk lembah sekalipun tak ada yang menghalang.
Namun itu tinggal mimpi disiang hari generasi muda masa kini. Cerita masa silam yang tak mungkin mereka kecapi lagi.Mereka tak pernah berkesempatan menikmati semua itu. Dan ia pula umpama igauan ngeri bagi nenek dan ibu bapa yang pernah meraih kebebasan dan keistimewaan itu.
Yang pastinya, segala keistimewaan itu telah lanyap pudar bersama musim yang telah melahirkan manusia2 rakus dan alpah pada generasi sendiri. Apa lagi keistimewaan tinggal ada pada peribumi saat ini? Siapa yang lebih terjaga terpelihara di bumi ini. Mengapa warga luar lebih mewah dari peribumi yang ada di negeri ini?
Bertambah malang apa bila peribumi kini mudah sangat terdodoi dengan gurindam puisi yang dialunkan dengan janji seratus keistimewaan... Adoiiii peribumi dan bumiku yang malang. Kini coi tak tahu lagi sama ada bangga atau sebaliknya menjadi peribumi di negeri ini. Kalau tak terdidik dengan peribahasa melayu "Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negari sendiri" dah lama coi tinggalkan negeri yang parah dengan rogolan-rogolan para politikus tren Malaya ini.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bagaton (no login)
realiti dan lagenda
No score for this post
August 4 2009, 12:12 PM
pok amai2 , belalang kupu2
kita beramai ramai , sudah lama kena tipu ..
sa mo nyanyi dulu kasi hibur hati ..Biar dari sudut mana pun kau lihat diri ini , biar dari atas semua segala adalah sama , ...apa yang tinggal kini adalah satu dimensi , apa yang tinggal kini adalah yang sulit dan sepi ,
dulu ada ceita pak kadok , menang bersabung ayam ....akhirnya menang sorak kampung tergadai , adakah kita sedang menuju pada cerita yang sama ?
pun demikian , untuk lebih adil ...kita tidak boleh terlalu menyalahkan mereka yang telah mencorakkan kita dengan warna pudar , kerana kta juga punya salah dan tanggungjawab tersendiri , kita harus berubah menjadi lebih agresif dan proaktif , bergerak laju mengejar waktu dan merebut kembali segala yang tertinggal , jangan kita jadikan segala tragedi yang berlaku sebagai satu trauma yang menghalang perjalanan seterusnya , kita kena merenung kembali apa salah dan silap kita selama ini dan berusaha untuk memperbaikinya , mari kita jadikan ianya sebagai satu cabaran ...dan kita harus menyahut cabaran ini dengan penuh berani dan yakin , kita harus bergerak dalam satu suara , bersuara dalam satu bahasa , iaitu bahasa generasi baru ..suara generasi baru , kalau tidak ...kita juga secara langsung adalah pengkhianat dan perosak bangsa kita ..generasi kita seterusnya ,
Bersama mencapai matlamat ...
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Dusunic (no login)
Buat Sahabatku
No score for this post
August 4 2009, 8:54 PM
Salam perpaduan sahabatku bagaton dan ocoi. Terima kasih atas hamparan minda yang sahabat koreksikan pada ruangan yang amat terhad ini.
Saya menghormati paparan minda sahabat berdua walau apa sekalipun coraknya kerana kita harus menghormati kebebasan bersuara yang ada di negara kita ini. (bebas dalam tren Malaysia).
Benarlah kata sahabat berdua bahawa sememangnya keistimewaan peribumi di negeri ini kian terhakis. Ia adalah akibat dari tindakan kita peribumi sendiri sebenarnya. Kita fahami akan hal itu...
Apa yang jelas, kita sebagai peribumi sememangnya sudah banyak kehilangan.. hilang hak memilih secara ikhlas, hilang hak memiliki tanah, malah adakalanya hilang hak untuk bersuara dan bermacam-macam lagi.
Apapun benar kata saudara bagaton, kita tidak seharusnya terus pasrah kepada kedangkalan-kedangkalan ini. Kita harus merubah diri, merubah minda dan cara kita berfikir. Kikis sikap mengharap bantuan yang berjenama free atau subsidi.
Namun pastinya melaksanakan tindakan tak semudah melafazkan kata2 atau apa yang perlu kita lakukan, ia pasti menaggih pengorbanan dan keberanian yang benar2 mantap dan tak mudah guyah. Ini kerana untuk melakukan sesuatu yang biasa kepada yang luar biasa, kita pasti berhadapan dengan ancaman luar biasa pula, sama ada dari luar, dalam diri, keluaraga dan dari bangsa peribumi sendiri.
Inilah hambatan2 yang perlu kita redah jika kita mahu melangkah seiring dengan bangsa2 lain. Masanya sudah tiba untuk merubah wahai peribumiku yang malang.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bagaton (no login)
suka suka duka
No score for this post
August 4 2009, 9:51 PM
ada buku baru ..hasil tulisan Mutalib MD , HAK-HAK PERIBUMI SABAH , IC PALSU ... harga cuma 35rm , bagus sahabatku dusunic cari , mungkin sudah dapat pun , c ocoi pun mungkin ada sudah tu , siapa rakan2 yang berminat cari ja di kedai buku , jangan cari sana DBP memang tiada jual sana ...
kira ok juga , bahasa mudah ..gaya penceritaan pun ok , banyak komen orang politik dalam buku tu , pairin pun ada komen ..fakta dia kuat , ..
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Dusunic (no login)
Terima Kasih
No score for this post
August 5 2009, 8:02 AM
Terima kasih banyak2 saudaraku bagaton. Saya sudah memiliki fotocopy buku itu tapi memang saya mahu cari orinya lagi. Memang buku itu penuh dengan fakta. Tetapi biasalah manusia selalunya sukar menerima kenyataan khasnya para pelaku kesilapan-kesilapan itu.
Saya mengharapkan ia dapat dibaca oleh seluruh bangsa peribumi di negeri ini meskipun ia pasti sahaja menimbulkan pelbagai tanggapan pro dan kontranya.
Sedar tak sedar sebenarnya hak dan keistimewaan peribumi di negeri ini telah dirampas dan diragut oleh pihak tertentu demi kepentingan peribadi, keluarga dan kesinambungan karjaya politik mereka. Malang sekali peribumi sendiri menyumbang kepada kehilangan-kehilangan itu.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Jebat NR (no login)
Peribumi Yang Malang
No score for this post
August 5 2009, 8:21 PM
Macam pula sejarah era koloni. Mengikut sejarah dunia, mana2 pun di muka bumi ini selalunya masyarakat peribumi itu selalu terpinggir dan hilang hak keistimewaannya. Begitula kali untung nasib peribumi di negeri kita ini kan dusunic, bagaton dan ocoi?
Ya, Jebatpun pernah terbaca itu tentang ic projek itu dalam buku si Dr. Jeffry Kitingan "Keadilan Untuk Sabah". Jebat bukanlah penyokong Dr. Jeff, malah tak kenalpun beliau, tapi apa yang beliau tulis dalam bukunya itu adalah himpunan fakta yang sebahagiannya berlaku di depan mata Jebat sendiri.
Jebat sendiri akui, peribumi Sabah sebenarnya sudah tak ada keistimewaan. Kenapa? Kerana apa juga yang boleh dilakukan oleh peribumi di negeri ini juga boleh dilakukan oleh masyarakat bukan peribumi, malah PATI sendiri ada masanya lebih mendapat keistimewaan dari peribumi.
Janganlah terkilan jika Jebat katakan bahawa peribumi di negeri ini adalah peribumi yang celaru.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bagaton (no login)
situasi
No score for this post
August 6 2009, 7:43 PM
begini ba , keadaan resah , bingung , bikin panas , sakit hati brkenaan hal ni sudah lama kedengaran , sudah lama disuarakan , telah lama diperkatakan ....
kita orang dusun , peribumi sabah umumnya sudah terlalu lama memendam rasa , tanyalah mana2 orang kita walau dimana ceruk sekalipun disabah ni semuanya punya rasa yang sama , pahit kelat !
Tapi sayang , suara kita cuma berkumandang sesama kita , tangisan kita hanya difahami pada peringkat bawahan , amarah kita cuma mampu membakar lalang tepi jalan ..kita seolah terbelenggu dengan ikatan ghaib, terkurung pada dinding rasa , tangisan tidak mampu dilepaskan ..
kita tidak ada satu persatuan yang bermatlamatkan perkara ini , kita tidak punya pemimpin yang betul2 komited dan jujur , kita tidak mempunyai satu badan yang berkesan , kita hanya mampu meraung dalam hati ..
kalaulah ada satu persatuan atau badan berani dan mampu bertindak , kalaulah ada pemimpin yang berkalibar , kan bagus ....saya pasti orang pertama manjadi ahli !! pasti ..!!
saudaraku dusunic , macamana sudah yang pernah kita bincang dulu tu ? ada harapan ? gini ja ...kumpul dulu orang2 yang punya ' kesedaran ' kasi brainwash dulu , lepas tu baru buat kampung2 punya cara , makin lama makin ramai makin besar tu ....
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
YokuLady (no login)
hak2 pribumi
No score for this post
August 7 2009, 3:22 PM
yes bagaton.. mutalib is my perend.. buku2 tulisan nya banyak memberikan kesedaran kpd pribumi.. kesedaran kita terhadap hak2 Orang Asal sangat penting supaya kita tidak menjadi pelarian di tanah sendiri..ooppsss tolobi sudahhh..
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Dusunic (no login)
Sedang Mencari
No score for this post
August 7 2009, 6:40 PM
Ya saudaraku bagaton. Saya masih dalam pencarian jiwa2 peribumi yang sama dengan kita. Masalahnya minda peribumi kita ini juga seakan dikuasai oleh satu kuasa menyebabkan mereka terlalu kecut bila membincangkan hal-hal yang menyungsang arus.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bagaton (no login)
orang kita
No score for this post
August 7 2009, 11:54 PM
yesss ..ada sudah c lady , sa ingat sudah ikut benggali balik ethopia , c gerigitan lagi yang belum timbul2 ntah belum abis batarak mangkali , ha ha ..
nah , ni yang kita cari , kesedaran dan idea2 yang diperlukan ..trimakasih atas usaha dusunic , juga pandangan rakan2 yang lain , kita sampaikan pada sodara2 yang lain diluar sana , mudah2an semakin hari semakin ramai yang sedar , kita sama menjaga sama berusaha , yang penting sekali ada kesedaran ..
kebenaran memang pahit , payah untuk ditelan ..kunyah apatah lagi , luka tanpa darah bukan namanya terluka , cuma tercalar ..usaha tanpa cabaran tidak terkesan , cabaran membawa kematangan dan menjadikan kita lebih tabah dan berani ,
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Jebat NR (no login)
Sedarlah Peribumiku
No score for this post
August 8 2009, 8:21 AM
Yaaa...c lady ada sudah tapi pandai kejap ada kejap takda...hhaaa...
Sauara bagaton, dusunic.. Jebat da lama terjaga dalam soal ni dan da bersedia pada bila2 masa aja... meskipun da tua keriput ni..tapi jiwa dan semangat Jebat masih segar dan bersedia bertempur bila tiba waktunya..
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bagaton (no login)
jiwa2 yang tercalar
No score for this post
August 8 2009, 8:34 AM
saudara jebat , selain kita saya pasti ada ramai lagi diluar sana yang punya rasa yang sama cuma tidak berpeluang untuk menyuarakan rasa hati dorang , hanya tersimpan dilubuk hati ..yang tua , yang muda sama ja , sesekali kita ada masa lepak dengan mereka cuba timbulkan isu ni gerenti dorang pun berapi juga , ...
seperti pernah kita cakap dulu , masalahnya ...kita tidak punya satu badan atau kumpulan , persatuan yang bersuara dan bertindak berkenaan hal ini , tiada yang mampu jadi ikutan menarik jiwa mereka ini , kalau ada kan bagus ...
juga saya pasti ramai diluar sana yang bersedia dan sanggup bertindak sekiranya perlu , cuma jangan dulu ..bertindak sorang2 tidak bijak , kena ramai2 baru ada power , ha ha ..
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
YokuLady (no login)
kstmwaan pribumi
No score for this post
August 8 2009, 11:43 AM
aikk rupanya bagaton, jebat nr kamu rindu jg sa r>> kikikiiikk... sioouu sa bru blk dr outstation gia..
sa gmbira sbg pribumi sabah sb kita ada bahasa, tarian dan adat budaya yg tersendiri..tapi sa sngt sedih bila melihat anak2 muda masa kini yg malu dan tidak pandai menari tarian tradisi, bahasa ibunda dan tidak reti menggunakan adat dan budaya positif orang asal..bikin malu ja mengaku pribumi..
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bagaton (no login)
ya ba ..
No score for this post
August 8 2009, 11:58 AM
kurang korum ba lady , ko sama c gerigitan pandai tengelam timbul , tinggal c lala ja bunga sekuntum yang ada , yang lain semua kumbang gergasi ..ha ha ,
sa ingat ko pigi sana Darfur sudah hantar ubat dan makanan ..
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
YokuLady (no login)
Hari Orang Asal sedunia..
No score for this post
August 8 2009, 12:11 PM
isshhh ko ni kan bagaton..
ok gang gang semua..let's celebrate Hari Orang Asal Sedunia (HOAS) pada 30ogos 2009 at KDCA Penampang..
untuk pengetahuan kita semua pribumi.. PBB telah mengiktirafkan 09ogos sebagai Hari Orang Asal di seluruh dunia.. jadi kita di sabah seharusnya tidak ketinggalan utk meraikan Perayaan Hari OA sedunia pada setiap tahun.
jgn lupa datang d KDCA ya.. ada persembahan tradisi (lagu/ tarian), jualan2 produk dari kampung2 seluruh sabah (organik), t-shirt HOAS pun ada di jual..
Jumpa ada d sanaaa..... ooiittt promosi ka sa ni??hihihiii
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bagaton (no login)
T shirt ??t
No score for this post
August 8 2009, 7:09 PM
nahhh ..sa mau tu baju ja , baju HOAS ..
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
Re: APA KEISTIMEWAAN PERIBUMI SABAH ?
No score for this post
August 8 2009, 9:55 PM
hai Dusunic....bulika kamu memperkenalkan diri kamu yang sebenar...maksud sa kan kita berjumpa ba...kan tuan langu bagaton...ko pun maw kenal ma c Dusunic ni...sori la sa tak pun sentuh ni topik kamu ni, sa sukung aja apa kata kamu semua di sini...moga2 tuan empunya topik ni dapatlah hendaknya memenuhi permintaan peminat ni...hehehehhe ba lady kalo tak sa aral melintang ramai2 kitaorang datang di sana nanti...
*kalau permintaan ni keterlaluan, lala minta ampun maaf buat
Dusunic kita....peace..
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bagaton (no login)
kenal kenalan kita
No score for this post
August 8 2009, 11:21 PM
cian ko langu ..sa lagi duluan kanal si dusunic , tapi sodara dusunic tidak sedar pun sa berusaha mengenali dia selama ni , nasib baik perisik sa sampin .., nasib baik ramai rakan2 dimerata tempat , bukan apa sa memang ingin mengenali sahabatku dusunic .. idea dia bagus , sa suka cara dia bagi pendapat ,
tidak payah cakap la, ko cari la sendiri langu ..tapi kalau tidak dapt guna ja perisik CIA , mossad pun bulih ha ha ..
sekarang ada lagi rakan2 yang sa sedang berusaha mengetahui sapa beliau yang sebenar , setakat ni belum dapat , tida lama lagi dapat tau juga tu ...
ko ikut taktik KGB langu ..!!
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
Re: APA KEISTIMEWAAN PERIBUMI SABAH ?
No score for this post
August 9 2009, 2:24 PM
ba biar sa jadi perisik sendiri.....jan kasi jelos sa ba langu...sa lapos ko sana...kuat mengijik betul...
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Ocoi (no login)
Selamat
No score for this post
August 9 2009, 2:52 PM
.. Menyambut Hari Orang Asal sedunia. Hai lady, coi juga mau itu baju T..heheee yg stkerpun belum dapat mau sudah yang baru wakakak...
Ba panjang umur kita jumpa jua 30 ogos ni Lady... awas kau kalau kau sombong, coi umban ko pakai solipar jepun... hehee..
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bagaton (no login)
kudabara ..
No score for this post
August 9 2009, 11:21 PM
bukan mengijik ba tu langu , cuma mo kasi panas hati ja ..ko ada buat salah dengan sa , ko telah melakukan perlangaran perjanjian Jesselton !! nah kotoh ..pembalasan si pitung ni , hahaha ..
Apa pun selamat menjumpakan diri beramai ramai sana KDCA 30hb , ramai2 kita pi sana ...sapa cepat dapat tu baju T , sapa lambat kehabisan ...
langu , lapas ni sa mo jadi baik suda kio ..tdk mau suda ijik2 ko , bedusa ba tu kan kan ..
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
lala: (no login)
Re: APA KEISTIMEWAAN PERIBUMI SABAH ?
No score for this post
August 10 2009, 9:10 AM
tak payah la jadi baik, langu memang da baik selama ni....kalo tiada gurau senda inda ceria ni hidup ba...kan languku......ba nanti kita serbu tu kdca nanti.....isai gulu korikot........
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Dusunic (no login)
Hari Orang Asal Sedunia
No score for this post
August 10 2009, 4:31 PM
Salam perpaduan lala dan semuanya. Lala untuk kenal saya terlalu mudah, tak perlu upah perisik CIA atau buat apa2 research. Tahniah kepada saudara bagaton kerana sudi bersusah payah menjejaki Dusunic.
Ok lala, boleh sahaja tu, tapi apalah yang ada dengan orang2 tidak bernama seperti saya ni. Apa2 pun..harap kita ketemu di Hari Orang Asal pada 30 Ogs ni di KDCA. Jumpa di sana lala, dan juga rakan2 yang lain.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Jebat NR (no login)
Kenalkan Diri
No score for this post
August 11 2009, 7:34 AM
Oiii si lala ba kan, c Dusunic aja dia mau kenal. Mentang2 Jebat ni da tua keriput dia tak mau kenal2 lagi. Jangan ko begitu ba lala. Ba, Jebat akan mempersembahkan seni silat melayu dalam majlis 30 ogs ni di KDCA.. datang ya lala..
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
keistimewan peribumi sabah?
No score for this post
August 11 2009, 11:28 AM
salam damai semua....
keistimewan pribumi sbh skarg mkin lma mkin ilang oleh sbab ada pihak yg berkepntingan yg pntingkan diri sndiri....
skrg org luar lbih dutamakn sdngkan pnduduk pribumi sbh sndiri mnderita....
samada kita perasan,nmpak atau pura2 x nmpak atau buat2 x tau senario ini memang menghatui pnduduk pribumi sabah....
kdg2 sa tfikir,npa urg kita ssh mau dapt lot utk bniaga d psar2 mlm sdgkan tmpt itu kononya di bina untuk pndudk sbh bgi mnjana ekonomi klurga yg miskin tpi apa yg brlaku sbaliknya...knp?
fikir2kn lh........
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
YokuLady (no login)
HariOrang Asal Sedunia (HOAS)
No score for this post
August 11 2009, 2:36 PM
warkakakaa... bro ocoi.. jan susa klu pasal stiker
tapiii... klu pasal t-shirt 2 siapa cepat dia dpt la sb sa dingar 300helai ja diorg cetak 2 baju, harga rm25/satu.
membeli belah menggunakan kupon.. utk tempahan awal kupon bole dapatkan melalui sa atau d meja urusetia pada hari tersebut
klu kamu datang jan lupa kuntik2 la kunun sa...
Hidup Orang Asal!!!
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
Re: APA KEISTIMEWAAN PERIBUMI SABAH ?
No score for this post
August 11 2009, 9:06 PM
hai dusunic, tq kerana sudi dikenali...apapun tahniah kerana berani bersembunyi dibalik nama yang indah....
adui ba c Jebat....lala juga nak taw kamu sapa....ba silakan tingalkan emel kalo berani....
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Dusunic (no login)
Hak Peribumi
No score for this post
August 12 2009, 10:52 AM
Salam perpaduan untuk semua, khasnya peribumi yang sentisa terjaga. Salam terima kasih buat Umbus yang sentiasa menyedari hakikat di bumi Sabah ini.
Saudara Umbus, sesungguhnya saya juga mempunyai kecelaruan-kecelaruan yang sama dengan saudara. Di negeri ini sememangnya wujud satu diskriminasi yang wujud dalam bentuk yang teramat lembut. Namun selembut manapun ia tetap menyentuh jiwa dan perkiraan sesetengah penduduk peribumi yang faham akan haknya di negeri ini. Hakikatnya, di mana-manapun di negeri ini terlalu kurang peribumi yang menguasi sesuatu sektor itu. Tak kira dalam politik, perniagaan, projek2 kerajaan, atau apa jua. Peribumi tidak seindah namanya di negeri ini. Peribumi di negeri ini sebenarnya amat jauh bezanya dari segi peluang dan ruang untuk apa juga berbanding dengan apa yang dinikmati oleh peribumi Sarawak. Peribumi di negeri ini sekadar boleh berkata-kata tetapi tidak akan didengar, boleh memohon ini itu tetapi tidak semestinya akan memperolehinya. Sebagai contoh peribumi boleh mohon tanah2 kerajaan di negeri ini berbanding dengan masyrakat cina dan yang lain.Boleh mohon lot2 perniagaan tetapi siapa yang mendapat lot yang lebih banyak? Seluas mana tanah peribumi di negeri ini? Siapa pemilik ladang2 yang terbesar dan terkecil di negari ini?
Hal ini boleh kita fikirkan bersama.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
Dusunic
No score for this post
August 12 2009, 11:57 AM
sa setuju apa yg ko ckp 2...
kta kdng2 rasa terasing d bumi sndiri...apa sepatutnya hak kta,kta x dpat seolah2 kta di ank tirikan,sperti krbau d cucuk idung....
apabila kta bersuara spti mcurah air d daun kladi seolah2 pribumi x wujud...
dan phak yg brkepntingan spti anak kera d hutan d susu kn,ank d rmh mati klaparan...
klu keadan seumpama ini brterusan pribumi akan tggal nma shja....
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
Dusunic
No score for this post
August 12 2009, 12:05 PM
sa setuju apa yg ko ckp 2...
kta kdng2 rasa terasing d bumi sndiri...apa sepatutnya hak kta,kta x dpat seolah2 kta di ank tirikan,sperti krbau d cucuk idung....
apabila kta bersuara spti mcurah air d daun kladi seolah2 pribumi x wujud...
dan phak yg brkepntingan spti anak kera d hutan d susu kn,ank d rmh mati klaparan...
klu keadan seumpama ini brterusan pribumi akan tggal nma shja....
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bagaton (no login)
baju o baju
No score for this post
August 15 2009, 6:04 PM
Lady , ko dengar betul betul ..serius ni , ko istok 2 helai untuk sa aaa ..
jangan bagi , jangan jual sama urang lain , sa kompom akan datang ambil hari tu juga ..betul ni !!
kalo tada jaga ko ..
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Dusunic (no login)
Umbus
No score for this post
August 16 2009, 10:20 PM
Terima kasih Umbus, betul apa kamu cakap. Hal inilah yang kita perlu khabarkan kepada semua peribumi di negeri ini.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Ocoi (no login)
Anak Kecil Main Api
No score for this post
August 18 2009, 12:57 PM
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah, bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang..
Dusunic, coi minat betul ni lagu, tapi da lupa wording dan liriknya. Boleh ka coi minta tolong siapa2 kwn2 yg masih ingat lagu ni di KF ini agar beri wording penuh kpd lagu di atas. Ini lagu motivsai,peringatan dan pengajaran ba ni kan?
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Gurindam lama (no login)
Pribumi sabah..
No score for this post
August 18 2009, 4:00 PM
bnyk keistemewaan ba pribumi sabah ni tapi kerana pemerintahan kerajaan dan politik membuatkan kita tidak merasa keistemewaan itu..
Lady apa gia ko sakap pasal HOAS 2? Tshirt utk sa ada ka??
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
lala: (no login)
lagu dan penjaat
No score for this post
August 18 2009, 6:46 PM
hai ocoi. ni kan lagu yang kamu buat masa kamu jadi penceramah bebas tu...ari tu kamu sendiri yg mainkan lagu ni dlm slot motivasi untuk murid2 tahun 6 dan ibubapa juga....tym tu sa jadi fasalitator yang paling ganas, sampai pengerusi JKKK kg tu pulang inda tahan dengan raging yg sa buat sama dia, tapi anak dia yg tahun 6 tida pula pulang....dasar bapa budak yg cengeng...hahahaha ganas bukan sembarang ganas.....sa kasi merayap bapa budak dlm lupak yg paling lupak ba...baru dia taw sapa sa sebenarnya....pewit....peace untuk bapa budak tu kio ocoi.....kirim salam bilang...
keistimewaan sa dlm sini, semua ada cuma satu aja yang sa tak rasa istimewa, orang PATI menggangap orang kampung ni bodoh2 belaka, sanang2 dibeli dengan wang ringgit......tanah sekangkang pun org kampung buli jual dengan harga yg paling murah., tiada harga pun urang kampung sudi juga bagi, sebab hanya ditaburi dgn budi yg cuma sekecil kuman sahaja....jadi kita sebagai peribumi Sabah haruslah lebih berani menentang kejahatan segala raksaksa @monster jahanam ni....nanti kita sambung kio...
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
Re: APA KEISTIMEWAAN PERIBUMI SABAH ?
No score for this post
August 18 2009, 11:24 PM
hai smua......rugi sia tetinggal byk pbincangan kmurang.....harap2 sia blm tlambat lg la ah.....siou lama sia x masuk sini....bizi sikit bah sama xda kmudahan intnet tmpt sia pigi dlu....hehe
bagaton....d rumah sia ada tu buku yg ko ckp klu sia x silap....wrna hijau kan....
mcm sia bminat jg mau p KDCA...tym cuti skola tu kan...hehe
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bagaton (no login)
buku ?
No score for this post
August 18 2009, 11:38 PM
weii gerigitan , baru timbul ka dari dasar hutan batu ?
buku kaler merah ba bukan hijau ..yang hijau tu buku hijau , buku zaman Tun Razak dulu , buku hijau ..haha ha
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
bagaton (no login)
buku ?
No score for this post
August 18 2009, 11:39 PM
weii gerigitan , baru timbul ka dari dasar hutan batu ?
buku kaler merah ba bukan hijau ..yang hijau tu buku hijau , buku zaman Tun Razak dulu , buku hijau ..haha ha
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
Warisan
No score for this post
August 19 2009, 11:23 AM
Nah...sa tulung suda cari ni s/kata yang di minta....ayuh kita nyanyi sekali....
warisan.............
Anak kecil main api
Terbakar hatinya sendiri
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu Gagah Di Nusantara
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Ocoi (no login)
Lupa
No score for this post
August 20 2009, 2:52 PM
Ya ba lala tpi coi da lupa bangat. Oooooo gitukah pula tu lala..Sejak jadi motivetor tua ni banyak da ocoi lupa. Lagipun da tak aktif ba ni.
Ba terima kasih kio Lala... rasa2nya kena ubahlah ayat akhir rangkap akhir tu mengikut situasi semasakan.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
Re: APA KEISTIMEWAAN PERIBUMI SABAH ?
No score for this post
August 20 2009, 5:50 PM
same to u coi.....
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Sememangnya da banyak keistimewaan peribumi Sabah yang terhakis kini. Percaya tidak, tepuk dada buat research betul2. Tapi peribumi Sabah tak pernahpun melenting sebagaimana Orang Melayu menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu. Adakah peribumi tulin Sabah ini pengecut? Atau da terbiasa dengan cucuk hidung?
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
frust sia ilang smua yg sia tulis td....jd tulis ringkas2 sja la suda ni...hehe
bagi sia, tiap rakyat Sabah patut tau durg ni Peribumi ataupun Bumiputera......sebabnya, apa yg sia slalu nmpk, kita sendiri keliru dgn status masing2.....
klu peribumi x tau hak, byk keistimewaan yg dia tlepas.....
sia tpikir jg klu ada individu atau kumpulan yang expert pasal hak2 peribumi, buli buat something contohnya ceramah bergerak utk pigi masuk kampung kasi terang sama penduduk hak sebagai peribumi...xla bila p majlis daerah, pjbt tanah, sia2 ja pulang x dpt apa yg durg mau gara2 x dpt mempertahankan permohonan.....
klu masuk kampung mgkin byk kerja lg kan.....cuba minta permit atau kebenaran utk buat ceramah pasal ni trus kasi iklan....mesti ramai yg dtg tu....
cuma kita ingat ja la....makin tinggi kesedaran dlm tiap bangsa, makin tinggi risiko masalah perkauman akn berlaku d Sabah.....terpulang kepada diri kita sja mau bertolak ansur atau 'kasi biar' sja keadaan skrg.....pihak yg 'makan hati' perlu terima dgn hati yg terbuka keputusan dan tindakan yg dipilih.....hehehe peace.....sekian sja pandangan dari sia.....
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Coi setuju dengan idea kamu gerigitan. Ya kita memang seringkali dikelirukan dengan dua frasa itu:Peribumi dan bumiputera. Bumiputera tak semestinya peribumi tetapi pribumi sudah pastilah bumiputera. Pada pendapat ocoi di negeri ini lebih ramai bumiputera daripada peribumi. Dan kedua-duanya sebenarnya hampir sama tapi tak serupa. Coi tak mahulah sebut siapa peribumi dan siapa bumiputera di negeri ini nanti pasti sahaja ada yang tak setuju.
Bertolak ansur? peribumi memang da terlalu bertolak ansur ataupun mereka sebenarnya tak sedar hak mereka, itu coi kurang pastila. Oleh itu coi memang setuju sekiranya ada yang sanggup bagi cermah tentang hak2 peribumi di negeri ini. Dan coi rasakan kesedaran itu nanti tidak lah membawa kepada isu perkauman yang terlalu negatif, kerana apa yang kita perlu tahu adalah hak kita sahaja bukan hak kaum kita,walaupun mungkian akhirnya ia ada kaitan juga tetapi itu kita letakkan sebagai hal yang ke 2..dan peribumi mahupun bumiputera itu juga terdiri dari pelbagai kaum sebenarnya.
Untuk membincangkan tentang hak-hak peribumi rasanya Ladyinred lebih arif tentangnya. So..lady, apa macam?
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
ya sa juga na ambi kesempatan untuk mengucapkan selamat hari orang asal sedunia...ba geri ko lawat2lah blog c Malaikatsesat sinihttp://malaikatsesat.blogspot.com/
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Lala, suda sia p baca blog c Malaikat Maut......nampaknya suara hati pure Sabahan smua sama......tinggal kasi gabung sja lg.....Bagaton...balik la sini.....mari kita pikir lg mcmna PBDS kita pnya masa depan......
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Suara, pure Sabahan yang kita dengar sebenarnya tidak terbatas di blog2 atau di kedai2 kopi,restoran2 sahaja. Suara2 itu telah menyusup masuk keseluruh jiwa rakyat pedalaman yang dahulunya menjadi kuda tunggan sesetengah para pemimpin politik. Kerana salah perhitungan dalam kepimpinan, rakyat asli di negeri ini sudah banyak kehilangan.
Syukurlah jika ada sesiapa dalam kalangan peribumi dan rakyat Sabah yang sedar akan hal ini. Namun yang kita ada sekarang hanya suara2, suara yang tidak sedikitpun mengugat. Ini kerana kita tidak ada pemimpin yang benar2 komited dalam perjuangan ini. Pemimpin peribumi sekalipun tidak ada yang benar2 holistik dalam memperjuangkan hak2 peribumi. Mereka mudah patah tanduk,mudah buta pada habuan. Mata mereka selalu berkilauan dengan umpan yang amat lazat dan menganyangkan seisi perut keluarga.
Saya sudah lama tidak mendengar suara2 pemimpin di negeri ini yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu. Ke mana semua mereka pergi? Patah tanduk,patah taring? Atau semuanya telah dibutakan oleh keadaan semasa? Atau mereka kini sudah terlalu uzur untuk berkata-kata? Benar-benar pureSabahan.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
geri , sa ada sini ba , ko tu yang slalu ilang2 jap ada jap terbang , ha ha
zaman sudah berubah , segalanya tidak seperti dulu , usah lagi kita mengharapkan para pemimpin urang sabah bersuara lantang seperti dulu , sesekali ada juga seorang dua pemimpin yang pada mulanya lantang dan berani bercakap tapi apabila sudah duduk ditempat tinggi , yang kerusinya empuk ..terus hilang suara jadi babau ,
Usah lagi kita mengharapkan yang indah2 dari pemimpin kita , kerana mereka juga punya batas yang mampu dicapai , tidak semestinya dorang diatas tu mampu dan berkuasa melakukan segalanya pada segala perkara , kerana tangan mereka juga terikat pada janji dan sumpah semasa mereka mengangkat sumpah mula2 dahulu ..
Usah harapkan terlalu pada pemimpin , mengapa tidak kita sendiri berusaha memimpin dan menjadi pemimpin ? segala sesuatu itu bermula dari langkah yang pertama , dusunic ....aiyaa macamana sudah PBDS , sia tertunggu menunggu senyap ja , nokuro poingkuro gaman ??
orang lama mengharapkan ada pemimpin2 muda bangkit dan bangun memimpin , orang muda pula harapkan pemimpin lama bersuara , jadi bagaimana kesudahannya ??
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Salam perpaduan untuk semua, terima kasih saudaraku bagaton kerana masih ingat tentang PBDS.
Saya sudah hebahkan hal ini kepada beberapa para pencipta negeri ini dan anti PATI. Cuma sayang sekali masa untuk bertindak itu sahaja yang masih samar kerana seperti kata saudara, saya juga masih terikat dengan perjanjian yang terpaksa rela dipersetujui walaupun saya tak ada apa2 gelaran. Inilah masalah kita sebenarnya. Sukar memulakan sesuatu yang baru. Dalam penghebaan yang telah saya lakukan pada waktu2 yang lepas, saya dukacita kerana masih ramai yang memberi pandangan2 sinis dan penerimaan kontra tentang hal ini walaupun pada hakikatnya mereka boleh terima idea itu namun meragui kejayaannya.
Jika saudara/i teman2 blogger ada idea tentangnya, saya amat alu-alukan.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
isu PATI ini bikin panas sangat2 ba ..ntah macamana cerita sebenar dia , semua agensi tolak menolak maju kedepan ,..
Imigresen tolak Polis , Polis tolak Pasukan khas persekutuan ..kemudian jabatan Penjara ,
Imigresen tidak boleh suka2 buat operasi tanpa kerjasama dari pihak polis , polis pun juga tidak boleh suka2 buat tanpa kerjasama dari petugas khas persekutuan , pendatang yang ditangkap tidak boleh suka2 kena simpan dalam lokap sebab undang2 ckap lokap hanya utk pesalah yang lazim ditangkap ,lagipun lokap tidak dapat menampung jumlah yang banyak ..
Imigresen pula tidak boleh suka2 hantar pendatang yang kena tangkap pigi sana rumah merah sebab tempat tidak mencukupi , disana pun sudah melimpah ..kemudian Jabatan penjara pula tidak mahu kena suruh jaga disana sebab anggota mereka tidak mencukupi untuk menampung dua tempat , jaga penjara dan rumah merah , lagipun status pendatang yang ditahan itu tidak sesuai dengan akta penjara , yg dipenjara itu status dia pesalah tapi pendatang itu status dia tahanan , tahanan punya hak dan layak pada hal tertentu , masing2 punya undang2 dan layanan yang berbeza , silap sikit kita boleh kena saman ..
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Saudara Dusunic.....jadi saudara suda ada tanya kawan2 la kan pasal ni......mmg susah utk kita mulakan sesuatu yg bru......apa kata kita buat kecil2an sja dlu......kita mula biar utk Keningau sja......suda kita ok n stabil, baru kita syorkan kpd kawan2 n saudara mara d daerah lain klu durg bminat.......suda tu, nti bru kita gabung 1 Sabah......
sia yakin klu kita bmula dgn 10 org sja pun, persatuan tetap buli jalan asal sja kita smua komited utk memajukan persatuan kita.......pelan2 kita buli tambah ahli nti dari kalangan org kampung n kwn2.....
apa yg penting.....kerjasama.....
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
keistimewaan pribumi sabah pada awal perjanjian pembentukan Malaysia adalah seperti berikut:
Point 12: Special position of indigenous races
In principle, the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malays formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo
quoted from 20 point agrmnt.
'menunjukkan pada awal perjanjian, keistimewaan pribumi sabah adalah sama seperti org Melayu tetapi keistimewaan org melayu(frm Malaya) tidak semestinya diterima di North borneo.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
mcmna tu ah....apa la contoh keistimewaan yg x semestinya diterima pakai p North Borneo....
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
keistimewaan pribumi sabah
No score for this post
May 5 2010, 12:29 PM
Pribumi Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama selain menguasai kedudukan utama dalam susur galur politik negeri dan perkhidmatan awam. banyak keistimewahan yang dikecapi oleh pribumi sabah. kita sebagai pribumi sabah diberi pelbagai keistimewaan.
kita sebagai pribumi sabah diberi keitimewaan yang sama rata dengan masyarakat lain. keisitemewaan itu dapat dilihat melalui penjanjian 20 antara sabah dan semenanjung malaysia yang banyak memberi perlindungan kepada hak-hak orang sabah.
pelbagai program telah dilaksanakan untuk membangunkan pribumi sabah. Apa yang diperlukan ialah melipatgandakan usaha dalam mencapai tahap pembangunan infrastruktur dan pembasmian kemiskinan secara optimum. oleh itu, kita sabagai rakyat sabah harus berusaha untuk membangunkan negeri kita.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
Re: APA KEISTIMEWAAN PERIBUMI SABAH ?
No score for this post
May 5 2010, 11:16 PM
boleh tahan pendapat kamurang.. mcm2 ada. hehehee
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
orang kita
No score for this post
May 14 2010, 3:13 AM
orang kita bagussssssss. Orang kita rajinnnnnn, orang kita pandaiiiiii orang kira banyakk belajar tolong orang . KEISTEMEWAAN PRIBUMI SABAH......menghormati orang, sentiasa beri peluang kepada orang lain, orang kita pandai jual tanah kepada bukan orang kita....orang kita pandai kahwin dengan bukan orang kita(tiada my kad), suka merantauuuu dann ayantahh banyak lagi oh. Orang kita kannnnn . Bah kita-kita saja ahhhh.orang kita jan cakap pasal orang.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.