Saya selalu melayari blog ini, dan banyak info dan maklumat yang saya dapat. Terutamanya, mengenai luahan rasa, pendapat, dan lain-lain yang diutarakan oleh penduduk Keningau. Kadang-kadang ada topik yang lucu, menarik perhatian saya, topik yang hebat dan macam-macam topik.
Namun, kadang-kadang saya merasakan ada beberapa topik yang kurang sesuai(sensitif)dipaparkan pada blog ini.
Untuk pengetahuan pihak berkenaan (pemilik blog) ada puluhan ribu orang yang boleh melayari laman web ini malahan mungkin sampai angka juta orang. Secara tidak langsung, mereka-mereka di luar sana akan mendapat maklumat tentang Daerah Keningau. Bayangkan apabila mereka membuat andaian orang Keningau mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang tidak baik. Ini akan memberi kesan buruk terhadap bangsa kita sendiri.
Cadangan saya ialah berharap pihak berkenaan dapat membuat tapisan topik-topik yang tidak sesuai. Ini adalah kepentingan dan kebaikan semua orang. Demi mengelak timbul masalah yang tidak diingini.
Sebagai hamba yang prihatin, sama-samalah kita memertabatkan slogan "1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" "BUDI BAHASA BUDAYA KITA" Perkongsian pendapat dan idea yang boleh meningkatkan pembangunan di Keningau.
Salam Ramadhan dan Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-52
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Sekian, Wassalam
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
Terima kasih hamba yang lemah .Segala komen dan cadangan anda akan di ambil perhatian.Kepada anda pembaca di luar sana yang mempunyai komen lain sila ajukan kepada email di kguforum@yahoo.com atau melalui ruangan ini.Kami sangat-sangat mengalu-alukan respon dari anda.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
(no login)
Re: Topik yang membina
No score for this post
August 21 2009, 4:30 PM
Setuju pendapat "Hamba yang lemah"...
bersama-samalah kita menjadi prihatin terhadap apa saja isu-isu yang ditulis di laman web ini. Untuk kebaikan kita juga.
Semoga semua pengunjung laman web ini bersetuju menulis maklumat yang berguna kepada semua orang ramai. Sekurang-kurangnya, kita dapat berkongsi pendapat yang membina.Seperti yang diperkatakan oleh "Hamba Yang lemah".
Saya percaya orang keningau semuanya baik-baik. Mungkin inilah cara mereka mengutarakan apa2 sahaja permasalahan. w/bagaimanapun, ada di kalangan kita lupa dan alpa secara tidak sengaja menulis isu-isu yang tidak baik.
Ikhlas,
Selamat Maju Jaya Orang Keningau.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
open minded (no login)
Topik yang membina
No score for this post
August 21 2009, 5:41 PM
Topik Yang Membina !!! ya ya, bunyinya sangat baik dan 100 peratus saya betuju dan suka. Memang tepat sekali, kalau kita buat topik dan komen, biar dengan bahasa yang sopan dan diikuti cadangan-cadangan yang membina dan berguna untuk renungan dan mungkin boleh digunapakai atau dipraktikkan bersama. Sekiranya marah, sebaik-baiknya tegurlah dengan bahasa yang elok dan berkesan.
Adalah tidak sesuai memberi tauladan dengan cara main hentam dengan bahasa-bahasa yang kasar dan menjatuhkan maruah individu atau sesuatu organisasi. Biasanya sangat senang mencari kesalahan atau mengkritik pihak lain tetapi bila cermin diri sendiri (pengkritik) tau2 90 peratus sifat-siafatnya yang kurangajar.
Apabila kita menggunakan emosi atau ada niat buruk apabila memberi komen sesuatu, memang pada lazimnya hasil adalah negatif. Oleh itu sama-samalah kita menggunakan akal yang waras.
Sekiranya para peminat forum lebih gemar menggunakan bahasa yang kasar, lucah dan menghina, saya takut lambat lauan pemikiran orang keningau akan sesat, oleh sebab itu saya syorkan lebih baik tutup saja keningau forum ini sebelum terlalu terlambat.
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
gaman (no login)
setuju
No score for this post
August 21 2009, 6:40 PM
sangat setuju dengan pendapat saudara2 diatas , perkataan anda adalah mengambarkan keperibadian anda , anda adalah apa yang anda cakap atau katakan , perkataan hina mengambarkan kehinaan anda ..perkataan lucah mengambarkan kelucahan anda , perkataan kotor mengambarkan kekotoran hati anda , ..
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
terima kasih utk teguran kmurang....sia sebagai manusia biasa mengakui sia x lari daripada melakukan kesilapan......
klu sia tlebih emosi, tegur2 la......sbb sia rasa emosi itu mcm garam yg bikin sedap masakan.....perlu ada dlm tiap komen supaya komen kita yg terbit dari hati terkesan di hati forumer yg lain juga......
d bulan Ramadhan yg mulia ni, sia dgn rendah hati n rendah diri, minta maaf klu pernah menyakiti sesiapa d sini....hehehe
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.
sa pun mcm c geri, mo minta maaf dari ujung kaki hingga ujung rambut kalo2 kata2 bahasa yg terbit dari timur ni telah menguris hati sanubari para forumer yg lain...sa mohon kemaafan yang kesekian kali ni.....maafmaafmaafmaafmaafmaaf...
Scoring disabled. You must be logged in to score posts.