Shalom!
Dalam tahun yang baru ini janji Tuhan untuk kita senantiasa baru. Ia berjanji untuk senantiasa menyertai kita dan memberkati kita, jika kita tidak lemah. Jika kita menghitung berkat Tuhan, terlalu banyak yang Dia lakukan dalam kehidupan kita. Oleh itu marilah kita bersyukur kepada Tuhan dalam segala hal.
Namun dalam tahun yang baru ini Tuhan juga memberi kita kemampuan untuk merancang suatu kehidupan di dunia ini demi untuk masa depan kita. Tuhan memberi kita tanah untuk diusahakan, coba kita fikirkan ada banyak orang yang menginginkan tanah, mereka tidak ada. Mungkin kah itu suatu kesilapan orang yang terdahulu, atau ada juga orang dahulunya memiliki tanah namun mereka jual untuk mendapatkan kewangan yang cepat. Akhirnya anak anak mereka terpaksa menumpang ditanah orang lain.
Keluarga kita bersyukur, sebab orang tua kita Taie Mengiring Sianu Agung adalah orang yang berfikiran luas, semanjak kedatangannya di tanah bertuah ini dia sudah berusaha mendapatkan tanah dan mengusahakannya. Kini beliau telah meninggalkan semuanya untuk anak-anaknya, tetapi kita biarkan begitu sahaja, tanpa penghasilan apa-apa. Getah di tebang, pohon buah-buahan sudah mati tidak ada satupun anak-anak dari Taie Menigirng mengusahakan tanah tersebut. Mungkinkah kerana anak-anaknya sudah berhasil di bidang lain sehingga usaha di bidang ladang dan perkebunan tidak diminati lagi.
Namun marilah kita memikirnya sekali lagi lagi. Apakah yang akan terjadi dengan kawasan tanah atau hutan itu nanti setelah bertahun-tahun. Mungkin saja menjadi kepunyaan orang lain yang tidak kita kenal atau menjadi kenangan silam dari sejarah Taie Mengiring.
Saya mengajak keluarga besar Taie Mengiring mengusahakan tanah itu menjadi "LAMAN SAPI ATAU LAMAN AMEK" Mungkin ini adalah sesuatu yang belum kita bincang bersama, dalam halaman ini saya minta pendapat dari keluarga besar "Taie Mengiring" Sesiapa yang berminat hubungilah saya melalui Furom ini.
baik itu idea. saya sangat berminat dan mau terlibat.boleh beri saya option ? bagaimana boleh saya terlibat dalam PROJEK KAMBING BANGKAP <Laman AMEK> itu.
Saya mimang berminat dengan BANGKAP, dan Amek satu-satunya.
Ada beberapa kursus yang perlu dihadiri dengan MARDI untuk memastikan Projek ini berjaya.
- Menternak Kambing "BOER". Untuk Daging dan hasil produk lain.
- Pemakanan (Proses makanan)Jerami Padi dan batang Pisang?.
- Advance (Penghasilan Bibit / Baka dan penyakit).
- Pasaran Kambing (Daging dan lain-lain). Seekor Kambing jantan berharga RM600 (usia kambing 2.5 tahun diperlukan oleh seorang Hj yang ingin menunaikan QURBAN ? beliau mencari sampai di Labuan?)
Fakta-fakta.
- Ternakan Kambing hanya mengeluarkan hasil setelah tahun ke3.
- Pasaran kambing sangat baik (Malaysia dan Brunei).
- Tidak menghalang seperti ternakan Babi.
- Tahi kambing lebih mahal daripada daging atau kulitnya?.
- Boleh diusaha dalam kawasan 1-2 ekar sahaja.
- Sistem pertanian ORGANIK dan intensif.
Contoh:- Kelapa untuk Minyak (virgin Oil), Sarang Burung, Jopathra (Kayu Pagar- BioDiesel Oil) dan Vanilla. Anda boleh cari bacaan mengenai hal ini dalam internet dan buat kerja rumah.
NOTA: Pokok buah-buahan tetap dijaga untuk makanan semua dan Rejab "Angel Park - Makphela" Tetap kita jaga.
Semuanya boleh dibuat di Bangkap.
Saya akan bersara bulan Nov 2010. Selepas itu mungkin saya minta bantuan dari semua ahli keluarga untuk bergabung.